Thursday, April 07, 2016
Inilah Gaya Pembangkang !!!! Pembangkang Berarak Ke Bukit Aman Pagi Esok Bantah Penahanan Rafizi
KUALA LUMPUR : Pembangkang akan berarak dari bangunan Parlimen ke Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman pada pagi Khamis untuk membantah penangkapan
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Parlimen, Anthony Loke
(DAP) berkata Pakatan Harapan akan menyerahkan memorandum kepada Ketua
Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata penahanan Rafizi, yang juga Setiausaha Agung PKR, di
hadapan pintu masuk Parlimen melanggar kedaulatan dewan yang mulia.
"Esok (Khamis) pada pukul 9 pagi, diketuai oleh Ketua Pembangkang dan
ahli-ahli Pakatan Harapan, kita akan berkumpul di pintu pagar Parlimen
dan berarak ke Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum kepada KPN bagi
membantah penahanan Rafizi dan meminta supaya beliau dilepaskan dengan
serta-merta," katanya.
Beliau juga menjemput ahli Parlimen lain untuk menyertai perarakan itu.
Rafizi ditahan di hadapan Parlimen kira-kira pukul 6.20 hari Selasa di
bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan
beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment