Thursday, April 07, 2016

Tak Bergari, Tetapi Rafizi Berlagak Dan Berlakon Seperti Di Gari Untuk Raih Sokongan Dan Simpati !!!

Mangkuk ni memang sewajarnya menerima balasan yang sangat berat hasil daripada perbuatannya. Tetapi barangkali Allah Taala menangguhkan hukumannya itu, maka bersenang-senanglah dan bermegah-megahlah dia dengan 'kehebatan'nya menipu dan memperdayakan orang ramai.

Perhatikan gambar di bawah. Dengan senyum simpul dan tangan ke belakang seolah-olah digari, Rafizi cuba mewujudkan sentimen di kalangan penyokong mahupun penonton bahawa dia sedang teraniaya. Dia bukan sahaja telah dizalimi, bahkan tidak dilayan secara adil oleh PDRM.

Lihatlah bagaimana Rafizi menipu penyokong-penyokong beliau dan berpura-pura berlakon untuk meraih simpati Rakyat. Rafizi mengilas tangan ke belakang seolah-olah beliau digari ketika dibawa ke mahkamah pagi tadi.

Hakikatnya, tangan Rafizi tidak bergari pun. Dia tidak digari, malah semasa di soal-siasat, dia dilayan dengan sebaik-baiknya, bahkan jauh lebih baik daripada anggota polis yang menghadap Jabatan Tatatertib.

Kalau dah namanya penipu, dia akan terus menipu. Setiap ruang yang ada akan digunakan untuk melakukan penipuan sehabis baik yang mungkin. Tujuan hidupnya adalah menipu dan Rafizi melaksanakan tujuan hidupnya itu dengan sebaik-baiknya...

Walaupun dalam keadaan beliau merupakan seorang tahanan reman, beliau masih mempunyai hati yang busuk untuk memburukkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Orang macam ni juga sanggup jaja gambar anak untuk dapat simpati. Bapak tak guna. Itu pun masih ada juga yang percaya dengan Rafizi Ramli!!! 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment