Monday, April 04, 2016
Himpunan Bantah GST Gagal… Siapa Lebih Hebat PAS Atau AMANAH?
Kegagalan himpunan bantah GST di Kuala Lumpur petang Sabtu menarik
penyertaan ramai sekalipun Tun Dr Mahathir Mohamad muncul beri ceramah
telah mencetuskan polimek antara PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) yang
diketuai Mat Sabu.
Hanya sekitar 2,000 orang saja hadir pada himpunan anjuran PAN sekalipun
gempak mereka sebelum itu seolah Kuala Lumpur akan banjir dengan
orangramai untuk sertai protes ulangtahun pertama perlaksanaan GST.
Kebelakangan ini andaian popular jentera PAS yang jadi pengerak utama
tarik orang sertai mana-mana perhimpunan ataupun ceramah yang diadakan
oleh puak pembangkang.
Bagi Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apa yang berlaku pada himpunan semalam adalah bukti kekuatan PAS.
"Dalam konteks dari jumlah kehadiran mungkin gagal, sebab PAS tak
menyertai. Kalau PAS sertai jumlahnya lebih besar," katanya kepada
wartawan selepas merasmikan mesyuarat PAS Bahagian Putrajaya.
Sebelum itu dalam ucapannya di majlis itu,Tuan Ibrahim imbas kembali kurangnya peserta Melayu pada Perhimpunan Bersih 4 .
Ini,katanya turut membuktikan keupayaan parti itu dalam menggerakkan peserta.
"Kurang 10 peratus yang turun. Tanpa PAS himpunan akan gagal,”katanya.
Apa yang dikata oleh Tuan Ibrahim itu tentu tidak boleh diterima oleh Mat Sabu.
Presiden Amanah itu sebaliknya dakwa kurangnya orangramai sertai himpunan mereka kerana kesuntukan waktu menganjurnya.
Dakwanya penyertaan sejumlah itu memang sudah dijangka.
Katanya persiapan himpunan Bersih misalnya ambil masa enam bulan.
Ketua Penerangan Amanah, Khalid Samad pula dakwa beliau percaya lebih
10,000 orang hadir sekitar Dataran Merdeka semalam sekalipun semua
pemerhati dan wartawan anggaran paling ramai pun 2,000 orang saja.
Juga agak melucukan beliau dakwa jumlah nampak tidak besar kerana ramai tidak tunggu sampai habis kerana cuaca panas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment