Sunday, April 03, 2016
Jeng...Jeng...Jeng... Siapa Yang Bocor Rahsia Guan Eng?
Semenjak pemergian Karpal Singh akibat satu kemalangan jalan raya pada 17 April 2014, keluarga politik mendiang senyap sunyi.
Tidak sama semasa mendiang masih hidup yang begitu agresif dalam
perjuangan politiknya, yang diikuti oleh anaknya Gobind Singh Deo masa
itu, kini, senarionya berubah.
Gobind walaupun meraih undi popular (paling tinggi 736 undi) dalam
pemilihan Majlis Eksekutif DAP Selangor tahun lepas, dia tetap
diketepikan daripada mengetuai DAP negeri itu. Tony Pua di tangga ke
lapan (495 undi) pula ke depan. Kelibat Jagdeep Singh Deo dan Ramkarpal
Singh pun kurang menyerlah waktu ini. Sepi.
Di Pulau Pinang, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow pun senyap. Pada
Mac 2008, semasa DAP tidak menyangka boleh merampas Pulau Pinang dari
gabungan dua parti Cina, MCA-Gerakan yang diperkuatkan UMNO, Kon Yeow
kelihatan tergamam. Tiba-tiba sahaja Lim Guan Eng diangkat sebagai Ketua
Menteri. Padahal, Kon Yeow antara pemimpin Pulau Pinang yang
berhabis-habisan kudratnya untuk memenangkan DAP.
Dalam isu pembelian banglo Guan Eng yang didakwa meragukan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang tuduh ia angkara UMNO.
Tetapi kalau ikut cara prosedur operasi standard (SOP) kerja DAP, amat
susah orang dalam DAP nak buka mulut kepada media mengenai kemelut
dalaman parti sendiri. Pemimpin-pemimpin DAP tidak memburukkan sesama
sendiri di dada akhbar. Pintu rahsia kebal. Itulah ciri yang parti-parti
lain angkat topi kepada DAP dan penulis cukup tabik. Tak macam ada
sebuah parti itu habis dibongkar cerita luar dalam sehingga memberi
`peluru’ kepada pembangkang.
Dan kalau nak dikatakan musuh-musuh politik DAP dari luar seperti UMNO
pun, agak susah untuk pasang ‘bom jangka’ yang boleh menerobos kubu DAP.
Di Melaka semalam, bekas ketua pembangkang DUN negeri yang digantung
keahliannya, Goh Leong San pun ‘malas’ nak berbual tentang Guan Eng
sekalipun dia semacam ‘api dalam sekam’ terhadap Ketua Menteri Pulau
Pinang itu.
Jadi, kalau bukan UMNO, bukan Gerakan dan MCA, mungkinkah dari dalam
Komtar atau pejabat Ketua Menteri sendiri yang membocorkan atau
menguar-uarkan pembelian banglo itu?
Guan Eng menyedari dia mempunyai banyak musuh dalam selimut. Di Selangor, Johor, Kedah dan
Melaka, adakah kepimpinan DAP negeri-negeri itu serasi dengannya? Di
Perak, Guan Eng terpaksa mengikut cara Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming
pula.
Di Pulau Pinang tempoh hari, dua wakil rakyat PKR turut terkena
‘penangan’nya kerana dikaitkan dengan UMNO. ADUN Bukit Tengah, Ong Chin
Wen dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng ditamatkan khidmatnya
masing-masing sebagai pengarah dalam agensi syarikat milik kerajaan
(GLC).
Bahkan, penduduk Pulau Pinang terutama Melayu dan India pasti terjegil
biji mata mendengar Guan Eng beli banglo sehingga RM2.8 juta di sebalik
isu rumah mampu milik yang belum selesai.
Ikut logik pun, siapa yang boleh akses sehingga menguar-uarkan isu
pembelian banglo Guan Eng. Kenapa Guan Eng tidak berteriak dari awal
menuduh UMNO punya angkara tetapi hanya berbuat demikian selepas
seminggu heboh diperbualkan?
Adakah mungkin juga bapa Guan Eng, Penasihat DAP, Lim Kit Siang
menyedari ada sesuatu tidak kena atau dia tidak mampu berbuat apa-apa
dalam urusan pembelian banglo itu?
Dan adakah juga mendorongnya sanggup melupakan persengketaan politik
paling lama dengan menyertai pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk
mengalih perhatian terhadap isu banglo ini?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment