Sunday, April 03, 2016
Fahmi Zainol Kata 80% Mahasiswa Sedang Lapar, Cabar Agar Dia Beri Bukti…
“Kajian menyatakan bahawa, hampir 80 peratus anak muda pelajar-pelajar
universiti tak cukup makan dan memerlukan bantuan daripada pihak
bertanggungjawab…”
Begitulah hujah seorang aktivis mahasiswa pembangkang, Fahmi Zainol
semasa diberi peluang berucap atas pentas Kongres Rakyat 2016 anjuran
Datuk Zaid Ibrahim pada petang Ahad.
Fahmi berucap kira-kira jam 2.40 petang dengan membawa isu ‘mahasiswa
lapar’ di universiti disebabkan oleh tidak menerima bantuan daripada
kerajaan.
Katanya lagi, Kerajaan Pusat tidak mampu menanggani isu berkenaan dan
sekali gus melabelkan anak muda di universiti sebagai ‘mahasiswa manja’.
“Apa nak jadi dengan pemerintah sekarang tuan-tuan dan puan-puan…,”
katanya yang mewakili anak muda pada kongres ‘Anti Najib’ yang
dianjurkan di Shah Alam, Selangor.
Persoalannya, dimanakah perginya mahasiswa yang sedang berada dalam
kelaparan itu? Bak kata Fahmi, ada kira-kira 80 peratus mahasiswa di
negara ini yang tidak ada makanan untuk dijamah.
Kita ingin mencabar Fahmi agar membuktikan apa yang dia ungkapkan
itu. Sebagai seorang yang cerdik menyusun kata di atas pentas
pembangkang, sudah pasti bekas mahasiswa Universiti Malaya itu juga
cerdik untuk beri jumlah angka dan senarai nama mahasiswa yang lapar
itu.
Jika Fahmi rasa segan untuk memanjat pejabat Kementerian Pendidikan
Tinggi di Presint 5, Putrajaya, pihak kami dengan rela hati mahu
membantu membawa senarai 80 peratus mahasiswa yang sedang dalam
kelaparan berkenaan untuk diberikan kepada kementerian.
Seandainya Fahmi tidak mampu untuk memberi bukti dan senarai nama 80
peratus mahasiswa yang sedang dalam kelaparan berkenaan, maka ia
menunjukkan Fahmi sedang membuat 100 peratus penipuan dan fitnah.
Sebagai seorang bekas mahasiswa yang pernah berada di satu pentas
bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamed, diharap
agar Fahmi tidak terpengaruh dengan kemahiran memanipulasi fakta yang
dimiliki dua tokoh politik berkenaan.
Oleh itu, sekali lagi cabaran ini dibuka buat Fahmi agar memberi senarai
nama 80 peratus mahasiswa yang dikatakan olehnya sedang dalam keadaan
lapar di dalam kampus.
Kami tunggu senarai bukti dari Fahmi…
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment