Sunday, April 03, 2016
PERDA Beri Penjelasan Isu Jual Tanah Kepada Guan Eng
BUTTERWORTH : Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) menjual tanah
di Tok Keramat pada harga murah untuk golongan miskin, kata
pengerusinya, Datuk Shabudin Yahaya.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertanya mengapa tanah seluas
3.461 hektar (ha) di Seberang Prai Selatan (SPS) dijual pada harga
RM1.427 juta, sedangkan nilai pasarannya adalah RM16.636 juta
berdasarkan penilaian duti setem itu.
Bercakap dalam sidang media pada Jumaat, Shabudin menjelaskan bahawa
Perda menjual tanah kepada pemaju pada harga yang lebih rendah untuk
memastikan rumah yang dibina mampu milik.
"Tanah itu dijual dengan syarat pemaju hanya perlu membina rumah kos
rendah dan beberapa rumah mampu milik berharga RM200,000 untuk 250
pembeli rumah.
"Jika tanah itu dijual mengikut nilai pasaran bersama-sama dengan harga
rumah, berapa pula harga akhir rumah tersebut nanti? " soal Shabudin
yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Dalam reaksi balas, Lim berkata Perda sepatutnya mengambil inisiatif
sendiri untuk membina rumah kos rendah di tanah tersebut dan bukannya
menjualnya kepada pemaju swasta.
"Mereka mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan Persekutuan untuk
membina perumahan awam, mengapa mereka menjual tanah tersebut?
"Apa guna wujudnya Perda jika itu masalahnya... mungkin juga perlu bubarkan Perda.
"Fungsi mereka adalah untuk membangunkan kemudahan kediaman untuk
golongan miskin dan memerlukan di daerah ini," katanya selepas
melancarkan laman web Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang di Komtar
pada Jumaat.
Sebelum itu, Lim berkata rekod Jabatan Tanah menunjukkan perjanjian
tanah itu yang dibahagikan kepada 18 lot dilakukan pada 28 Julai 2015
dan tanah itu telah dijual kepada pemaju swasta.
Lim kemudian menjemput Shabudin untuk menikmati secawan kopi untuk menjelaskan mengenai perkara itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment