Monday, April 04, 2016

Jurutera Petronas Yang Ditangkap SKMM Orang Kuat Pakatan Harapan?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menahan seorang jurutera kerana memuatnaik komen bersifat jelik dan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook baru-baru ini.

SKMM dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook hari ini berkata jurutera berumur 26 tahun itu ditahan dalam operasi SKMM bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Yang ini pun patut ditangkap : Pelukis Karikatur Lakar Hadi Awang Sebagai Tuhan

Berdasarkan aduan yang diterima, suspek telah memberikan komen sedemikian sebagai reaksi kepada artikel yang dimuatnaik oleh portal Malaysiakini di laman Facebook portal tersebut pada 25 Mac 2016 yang lalu.

Dalam siasatan yang dijalankan, rakaman kenyataan suspek telah diambil di pejabat SKMM di Cyberjaya, Isnin lepas (28 Mac 2016).

Telefon bimbit jenama Asus dan kad sim milik suspek juga disita untuk membantu siasatan.

SKMM akan memanggil beberapa lagi individu yang dikenal pasti dalam waktu terdekat untuk membantu siasatan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment