Monday, April 04, 2016

Dr Mahathir Gagal Menjadi Daya Penarik Di Himpunan Bantah GST…

Kata orang lebih elok biar gambar bicara.Inilah suasana himpunan bantah GST yang dianjurkan oleh Parti Amanah pimpinan Mat Sabu di Kuala Lumpur petang Sabtu.

Dari atas sebuah bangunan tinggi dekat Dataran Merdeka jelas nampak tidak ramai berhimpunan di situ.Sebahagian di atas jalan dan sebahagian lagi berteduh di bawah pokok-pokok di situ.Jumlahnya sekitar 2,000 orang saja.

Himpunan bermula jam 2 petang dan berakhir 5.30 petang.

Mereka bergerak secara berkumpulan dari Masjid Negara, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Pudu berarak sambil membawa sepanduk menuju ke Dataran Merdeka.

Himpunan itu diadakan sempena ulangtahun pertama perlaksaan GST.

Semasa perhimpunan tahun lalu sekitar 10,000 orang menyertainya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi naik atas pentas pembangkang bila beliau buat kemuculan menjelang berakhir perhimpunan itu.

Peserta bersurai sejurus beliau selesai berucap di situ.

Selain Mat Sabu,antara pemimpin pembangkang yang hadir kali ini ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar.

Seperti biasa semasa perhimpunan lain yang dianjurkan pembangkang, tumpuan ucapan membidas GST dan menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jumlah kehadiran yang dikatakan buat penganjur gigit jari dan suasana yang lesu jelas mengambarkan himpunan sebegini makin kurang menjadi tarikan lagi.

Pada minggu lalu,ramai yang terkejut melihat himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia anjuran Pakatan Amanah di Padang MPAJ di Pandan dekat Kuala Lumpur yang menampilkan Dr Mahathir sebagai penceramah utama cuma dihadiri 1,000 orang. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment