Monday, April 04, 2016
Inilah Faktornya.....Sikap degil Dr Mahathir antara faktor kegagalan Proton
Sikap degil bekas pengerusi Proton Holdings Berhad (Proton), Tun Dr
Mahathir Mohamed merupakan antara punca kegagalan syarikat pengeluar
kereta tempatan itu menjadi kompetitif dalam saingan industri automotif.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan sukar untuk
memperbetulkan keadaan kewangan syarikat milik kerajaan itu kerana bekas
perdana menteri itu enggan menerima pendapat orang lain.
"Sekiranya sesiapa dalam syarikat itu menawarkan idea yang berbeza
dengan pandangannya (Dr Mahathir), maka orang itu akan menghadapi
masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat UMNO
Cawangan Kuala Krau, di Temerloh,Sabtu.
Semasa di bawah Dr Mahathir juga, katanya, Proton telah melakukan
beberapa urusniaga yang menyebabkan syarikat itu berada dalam keadaan
terumbang ambing antaranya termasuk kerjasama dengan Group Lotus Plc.
Kelmarin, Dr Mahathir dikatakan telah meletakkan jawatan di empat badan
berkaitan kerajaan iaitu Proton, Universiti Teknologi Petronas (UTP),
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Tioman.
Proton dipengerusikan Dr Mahathir sejak diasaskan pada 7 Mei 1983.
Annuar berkata walaupun Proton menghadapi masalah kewangan yang serius
namun Proton dilihat kebal serta terkongkong dengan idea dan kepercayaan
Dr Mahathir.
Beliau berkata pada satu ketika dahulu, Proton pernah menguasai 70
peratus pasaran kereta tempatan dan kini tidak sampai 30 peratus.
"Ini bermakna Proton semasa di bawah Tun Dr Mahathir sebagai penasihat,
bertahun-tahun menghadapi masalah kewangan yang besar, malah kerajaan
telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar untuk memastikannya
untuk terus beroperasi," katanya.
Justeru, katanya, pengunduran Dr Mahathir dilihat sebagai peluang
terbaik kerajaan untuk memulih dan menyelamatkan syarikat kereta
nasional negara itu daripada terus mengalami kerugian.
Beliau berkata pengurusan Proton harus dibantu untuk mengurus syarikat
itu secara profesional termasuk mengatur strategi baharu mengadakan
perkongsian teknologi dengan syarikat automotif dari negara lain.
Dalam masa yang sama, katanya penjelasan tentang perkara ini juga harus
diberikan kepada rakyat termasuk daripada pihak Proton sendiri untuk
mengelakkan mereka salah faham dalam isu tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment