Monday, April 04, 2016

Kerajaan Akan Meneliti Semua Aduan & Masalah Pemilik Teksi Di Negara Ini

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/najib-teksi.jpg
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa kerajaan akan meneliti semua aduan serta masalah yang melanda pemilik-pemilik teksi di negara ini, ekoran wujudnya kereta sapu Uber dan GrabCar. Kewujudan kelibat kereta sapu terbabit dikatakan telah menggangu periuk nasi pemilik teksi negara ini.

Kerajaan tidak lama lagi akan mengumumkan dasar yang akan memberikan keadilan serta saksama bagi menyelesaikan permasalahan dan kemelut yang melanda pemandu teksi. Tambah beliau, kerajaan kini sedang memberi tumpuan dalam memproses semula cadangan bagi menangani dua masalah utama hingga tercetusnya ketidakpuasan hati antara pemandu teksi.

Mana tidaknya, kereta sapu Uber dan GrabCar mempunyai kelebihan mereka sendiri dimana perkhidmatan mereka boleh didapati dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar. Jadi dengan cara tersebut akan lebih menguntungkan pengguna.

Ini kerana mereka tidak perlu bersusah payah menunggu teksi. Keadaan tersebut jelas menjejaskan pendapatan dan menandingi kebajikan pemandu teksi yang lain. Pengguna pula pastinya mahu mendapatkan perkhidmatan Uber dan GrabCar kerana lebih mudah dan pantas.

“Saya faham dan prihatin terhadap masalah dan rungutan di kalangan pemandu teksi disebabkan oleh penggunaan perkhidmatan pemandu kereta Uber dan GrabCar yang dilihat mengganggu pendapatan mereka.

“Terdapat pelbagai faktor yang kerajaan perlu pertimbangkan dalam hal ini seperti elemen inovasi, persaingan dan sebagainya,” katanya.

Iyelaaa.. Memang ramai la yang akan memilih perkhidmatan kereta sapu Uber dan GrabCar ini. Selain perkhidmatan yang lebih pantas dan menyenangkan.., pastinya kebajikan penumpang lebih terjamin, selesa dan mesra pengguna.

Disebabkan itu timbul rasa tidak senang dari pemandu teksi yang lain, sehingga memaksa mereka membuat bantahan dan protes terhadap kereta sapu Uber dan GrabCar. Pada 29 Mac yang lalu, kira-kira 100 buah teksi membuat bantahan terhadap Uber dan GrabCar dengan menghalang seluruh Jalan Bukit Bintang.

Mereka melakukan protes dan demostrasi di sepanjang jalan terbabit bagi mendesak kesamarataan. Habis sesak Jalan Bukit Bintang sehingga menggangu kelancaran lalu lintas di situ.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan daripada masalah tersebut berulang dan menjadi lebih buruk.., Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai  telah mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  untuk memperlipat gandakan usaha bagi membasmi kebanjiran Uber dan GrabCar.

Pemandunya juga perlu mematuhi syarat yang ditetapkan iaitu, perlu mendapatkan lesen bagi kegunaan kenderaan komersial dan membuat pemeriksaan di Puspakom. Kepentingan pengguna dan penyedia perkhidmatan dalam merangka penyelesaian kemelut tersebut akan diambil kira dengan sewajarnya oleh kerajaan.

“Dalam era serba canggih dan berinovasi ini, kita perlu bersedia untuk menerima dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi. Persaingan mesti juga dilihat sebagai batu loncatan dan bukan halangan agar perkhidmatan terbaik dapat dinikmati oleh rakyat,” katanya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment