Monday, April 04, 2016
Pelajar Sekarang Tidak Bersyukur Dapat Bantuan BB1M
Kemudahan dan kesenangan yang diberikan kepada para pelajar terutamanya
pelajar tingkatan enam dan para penuntut universiti, nampaknya telah
disalahgunakan oleh mereka. Bantuan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) yang
dikhaskan untuk para pelajar membeli buku bagi kemudahan pembelajaran
mereka telah digunakan untuk tujuan lain.
Nampak tak yang sebenarnya pelajar-pelajar yang diberi keistimewaan ini
tidak tahu bersyukur dan menghargai pemberian pihak kerajaan. Orang
suruh beli buku tapi mereka guna untuk tujuan lain. Lepas tu mula la nak
menghentam kerajaan, kata kos sara hidup tinggi sampai nak beli buku
latihan dan rujukan pun takde duit.
Bantuan BB1M yang dikeluarkan kerajaan baru-baru ini dikesan telah
dijual pada harga yang lebih murah daripada nilainya. Seperti jual
baucer BB1M yang bernilai RM250 tersebut, maka pelajar atau pemilik
baucer akan mendapat ‘hasil jualan’ sebanyak RM190 atau RM230. Maknanya
dorang tebus baucer BB1M untuk mendapatkan duit tunai.
Patut ke macam tu?? Hasil daripada duit tebusan tersebut, para pelajar
tu joli sakan dan bukannya nak beli buku seperti yang sepatutnya.
Shopping baju la, seluar la, lepas tu lepak cafe-cafe hipster..,
acah-acah orang kaya padahal guna duit yang kerajaan khaskan untuk beli
buku.
Apa yang paling menyedihkan apabila terdapat sindiket-sindiket penipuan
yang buat tawaran membeli baucer BB1M tersebut. Paling melampau apabila
ada pula pihak yang ‘buka table’, buat upacara pembelian baucer BB1M
bagi pelajar-pelajar yang mahu menebuskannya kepada wang tunai.
Tipu la kalau cakap kat kolej atau pun universiti tak pernah buat
perkara melampau macam ni, sudah la kerajaan tolong tapi tak tahu nak
bersyukur pulak. Eshhhhhh, teruk!! Apa yang paling teruk sekali apabila
ada pihak yang buat iklan di media sosial. Perhhhhh, memang melampau
sangat geng-geng ni.
Tawarkan kesudian mereka untuk membeli baucer tersebut daripada pelajar.
Siap buat rundingan jual beli lagi, main harga bagai.., lepas tu mereka
aturkan janji temu untuk membuat urusan ‘jual beli’ tersebut. Melampau
kan!
Ada juga diantara mereka yang menjual baucer tersebut kepada pemilik
kedai buku tanpa membuat sebarang urusan berkaitan jual beli buku.
Kemudian kedai buku tersebut akan menuntut RM250 kepada kerajaan,
konon-kononnya sebagai tebusan kepada buku yang katanya ‘telah dijual’.
Lepas tu nak bagi nampak yang kedai buku tersebut ‘jual’ buku hasil
dari baucer tersebut, kedai buku itu akan menjual pula buku yang
sepatutnya dibeli dengan menggunakan baucer kepada kedai buku terpakai
dengan harga yang lebih murah.
Untung berganda la mereka kan… Tindakan keterlaluan tersebut jelas
adalah satu penipuan dan ia salah dari segi undang-undang. Perbuatan
tersebut dikesan kerap berlaku di Kuala Lumpur, Perak dan Selangor yang
melibatkan pelajar-pelajar di universiti awam dan swasta.
Kemudahan BB1M ini sebenarnya disediakan bagi membantu mengurangkan
beban pelajar Tingkatan Enam dan institusi pengajian tinggi. Mengikut
garis panduan Kementerian Pengajian Tinggi, baucar tidak boleh dipindah
milik, tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dijual kepada pihak
ketiga.
Akan tetapi mereka ni tak tahu nak bersyukur dengan rezeki yang
diberikan. Tak tahu nak manfaatkan untuk tujuan dan masa depan. Elok tak
payah bagi terus la senang kan, daripada bagi tapi salahgunakan pula.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment