Friday, April 01, 2016

Lantaklah Kau DAP Oii.... Jawatan Ketua Menteri Jadi Taruhan... ADUN DAP Mula Memberontak

Dari segi asal usulnya Lim Guan Eng bukan anak jati Pulau Pinang, beliau lahir di Batu Pahat dan membesar di Melaka, hanya pada 2008 beliau bertanding di Pulau pinang dan menang.

Kedudukan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP memudahkan beliau untuk menjulang tropi kemenangan DAP iaitu jawatan Ketua Menteri pulau Pinang.

Kini selepas dua penggal, sudah mula kedengaran cakap-cakap mahu jawatan itu dihadkan kepada dua penggal.

Sekaligus akan menyebabkan penguasaan Guan Eng berakhir.

Pada Khamis, seorang ADUN DAP dijangka mengemukakan usul persendirian untuk menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.

ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dijangka menyerahkan usul persendirian kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang.

Difahamkan bahawa wakil rakyat juga akan mengadakan sidang akhbar di Komtar pada pukul 11 pagi.

Menurut sumber itu lagi, kepimpinan DAP sedar mengenai gerakan berkenaan.

Ini bukan kali pertama Teh cuba mengemukakan usul seperti itu.

Pada 19 November 2015, usul Teh untuk membincangkan sama ada Ketua Menteri, Perdana Menteri dan Menteri Besar harus dihadkan kepada hanya dua penggal ditolak oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Bagaimanapun perkembangan terbaru termasuk kontroversi pembelian banglo pada harga luar biasa murah dilihat semakin meruncing selepas turut menerima tekanan daripada pemimpin DAP sendiri.

Teh sebelum ini dipetik media meminta supaya Guan Eng berehat sementara siasatan kes pembelian banglonya itu selesai.

Teh dilaporkan berkata, pemimpin DAP sebelum ini sering kali mendesak pihak lain khususnya pemimpin Barisan Nasional (BN) bercuti daripada jawatan masing-masing apabila terbabit dalam sebarang kontroversi.

Sehubungan itu, beliau didakwa berkata, pemimpin DAP juga sepatutnya melakukan perkara sama iaitu melaksanakan apa yang sering dikatakan mereka.

“Parti ini sepatutnya menunjukkan yang kita berpegang kepada prinsip kerajaan yang baik, maka mana-mana pemimpin yang berdepan tuduhan sepatutnya berehat daripada jawatannya,” katanya.

Menurutnya, ketika ini persepsi negatif terhadap pemimpin DAP dan kepimpinannya di negeri ini meningkat disebabkan kontroversi pembelian banglo oleh Guan Eng itu dan kaitannya dengan tanah Taman Manggis.

Oleh yang demikian, katanya, DAP perlu mengambil langkah untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap prinsip cekap, akauntabiliti dan telus dalam kalangan individu yang terpalit dengan kontroversi itu.

“Tetapi sekarang semua orang bercakap tentang isu banglo ini dan mereka mempunyai tanggapan buruk terhadap pemimpin tertentu,” katanya.

ADUN Tanjung Bungah itu sememangnya terkenal kerana sering dilihat tidak sehaluan dengan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang menulis tentang rasa tidak puas hatinya tersebut kepada Guan Eng dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow Jumaat lalu.

Malah, beliau menerusi surat itu juga, Yee Cheu turut menasihati pemimpin DAP supaya lebih berani menjelaskan tuduhan tersebut kepada rakyat.

“Sudah semestinya, semua tuduhan itu belum dibuktikan tetapi rakyat mempuyai persepsi buruk terhadap parti ketika ini.

“Integriti kerajaan negeri dan keyakinan rakyat telah terhakis dan kredibiliti sesetengah pemimpin telah terjejas teruk,” katanya.

Beliau dipetik lagi sebagai berkata, pemimpin DAP sepatutnya dengan jelas dan tegas berikrar kepada rakyat yang mana parti itu sentiasa menentang amalan rasuah di semua peringkat termasuk dalam kalangan mereka sendiri.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk bekas pemimpin NGO pembangkang, Datuk Ambiga Sreenevasan menyarankan Guan Eng bercuti sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembelian banglo miliknya yang mencetuskan kemarahan penduduk negeri ini.

Banglo itu yang terletak di Jalan Pinhorn, Jelutong, dibeli Guan Eng tahun lalu pada harga hanya RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran semasa hartanah sedemikian di kawasan tersebut boleh mencecah sehingga RM5 juta.

Lebih menimbulkan kontroversi apabila pemilik banglo itu, Phang Li Koon turut dikaitkan dengan individu di dalam sebuah syarikat yang berjaya membeli tanah di Taman Manggis.

Tanah di Taman Manggis itu sebelum ini diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) tetapi dirancang pemaju untuk dibina hospital swasta dan hotel.

Transaksi pembelian tanah itu juga dipersoalkan banyak pihak selepas kerajaan negeri menjualnya kepada pemaju hanya pada harga RM11 juta sedangkan terdapat tawaran lain yang menetapkan harga kira-kira RM20 juta. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment