
Monday, April 04, 2016
Linda Onn 'Ajar' Orang Tempatan Yang Malas Bekerja

Senyap sudah isu kontroversi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid
Hamidi bersama-sama dengan 1.5 juta warga Bangladesh yang
diangan-angankan bakal dibawa masuk ke Malaysia bagi memenuhi tuntutan
dari agensi pengambilan pekerja asing.
Cancel 1.5 juta warga Bangladesh… Tak jadi bawa masuk ke Malaysia
semata-mata nak bagi laluan kepada pekerja tempatan untuk cari kerja.
Nak tanya sikit.. Macam mana warga tempatan dah boleh take over
kerja-kerja yang warga asing buat selama ni ke? Kata warga asing curi
peluang kerja kau orang, sekarang ni dah dapat balik ke peluang pekerjaan
kau orang??
Saja kita nak bangkitkan kembali isu ini kerana penyampai popular Radio
SuriaFM, Linda Onn baru-baru ini meluahkan rasa kesalnya dengan pekerja
warga tempatan di Facebook miliknya. Pengakuannya ini begitu
mengejutkan.
"Kecewa sungguh diriku hari ini. Yang tiada rumah ku ajak bekerja dan
sediakan rumah. Yang tiada kerja dan tiada pendapatan tetap, kuberikan
kerja dan gaji. Akhirnya, tak sampai berapa minggu atau bulan berhenti.
“Bila ditanya kenapa berhenti? Oh, sebab atok saya suruh berhenti.
Oh, sebab rumah jauh. Sebab penat. Sebab taknak kerja restoran, kalau
tak kerja pun takpe. Macam-macam sebab. Putus asa juga rasanya diri ku
ini dgn mereka,
“Kepada sesiapa yang tahu ejen yg menyediakan pekerja dari luar
negara untuk bekerja di restoran, sila beri contact agensi itu ya.
Terima kasih didahulukan,” ujarnya dalam posting tersebut.
Tapi takde la terkejut sangat, sebab memang dah tahu pun orang Malaysia
ni jijik kerja bawahan. Kerja restoran dan kedai makan bukannya taraf
mereka, satgi kerja kedai makan takde pulak awek nak dekat dia betul
tak??
Kekecewaan Linda Onn disuarakan atas sebab perangai pekerja tempatan
yang bekerja di restoran My Mom’s Chicken Rice miliknya. Mana tidaknya,
orang dah bagi kerja elok-elok merungut lagi tak puas hati macam-macam.
Baru kerja dua tiga minggu, kadang-kadang tu baru sebulan dua tapi dah
nak berenti… Tak tahu bersyukur ke?? Dengan tempat tinggal apa semua
orang sudah sediakan, apa lagi yang kau orang nak?? Lepas ni jangan
merungut bila kerajaan nak ambil pekerja asing pulak.
Sebab orang tempatan ni drama petang-petang je lebih, padahal
hangat-hangat tahi ayam.., konon pantang dicabar la apa la, padahal
hampeh je semua. Kerja kotor dan murah macam tu taknaknya dipandang.
Poyo je lebih mereka tu.
Luahan hati tersebut mendapat komen positif dari para pengguna laman
sosial… Rata-rata mereka bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Linda
Onn. Memang betul pun kan! Sebenarnya orang tempatan malu nak bekerja
di sektor seperti perladangan, restoran, perkilangan dan beberapa sektor
lain
“Yes!!! saya setuju ngan kak linda.. orang kita cepat melatah. Konon
pantang dicabar hak mereka tp sebenarnya ini lah senario sebenar.
Keluarga saya dah lama berkecimpung dalam perniagaan restoran dan ini
lah masalah yg paling besar.
“Bukan kami tak tawarkan (kerja) pada gelandangan (dan pekerja
tempatan).. Kami sudah lakukan, tapi yang macam akak cakap itulah,
100001 alasan,” ulas Zuriiyaatii Ram.
“Budak-budak sekarang pemalas. Nak kerja senang dan gaji besar kak.
Tapi kalau dah bagi tempat tinggal segala, dah sangat bersyukur. Kenapa
perlu dipersoalkan rumah jauhlah apalah, tak reti bersyukur dapat
majikan baik hati & sangat ambil berat tentang pekerja,” kata Yuslina Abdullah pula.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment