Monday, April 04, 2016

Ustaz Sesat PKR Doakan Mahathir Cepat Mati??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRWAPti3Q5Qyc3kADaqH6M74y9gKZyvh47vvGXBdFoIWnm29TdMmMP7HdVUzzZjxRkmFI5xdDveXAI64H7vxSoQotP0K1dWNCcGvUOEszvrrdXKWnX76F9akAi7l7xEknJv-tIkelUg5g/s1600/badrulamin+menangis.JPG
Pelik… Bukankah ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya sekepala dengan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Yalah, sebab mereka kan bersekongkol dalam persepakatan menjahanamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tapi lain pulak jadinya kepada seorang pemimpin kanan PKR, Dr Badrulamin Bahron. Dia ni kalau hendak diikutkan, adalah seorang Ustaz! Tapi hairan, sebab sekarang ini geng PKR anggap Mahathir seperti lembu. Mahathir pun sekarang ni sudah masuk ke dalam jerat mereka dan tidak mempu berbuat apa-apa.

Mengejutkan apabila Ustaz PKR ini bertindak mendoakan Mahathir supaya dilaknat Allah S.W.T. maknanya seluruh rakyat yang hadir ke Perhimpunan Bantah GST tu mendoakan Mahathir supaya dilaknatkan!

Perhhhhhh, dahsyat betul!! Mungkin terlalu taksub dengan bini Anwar Ibrahim yang ‘dikhianati’ Mahathir. Sebab tu dia sanggup doa laknat demi nenek kipas tu. Tindakan keterlaluan tersebut bagaimana pun ditentang oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

“Doa yang tidak kena dibacakan si akhir. Mengaibkan Tun Mahathir dengan doa, tidak mengubah apa-apa.., malah memualkan rakyat. Itu satu kesilapan dan saya ambil tanggungjawab itu sebagai Setiausaha Agung KEADILAN.

 “Inshallah saya akan memohon maaf secara peribadi dan akan disampaikan kepada beliau. Saya minta maaf bagi pihak KEADILAN kerana ada 1-2 perkara yang kurang cantik,” katanya.

Malu besar Rafizi dengan tindakan bodoh anak buahnya tu… Mungkin juga dia takut kantoi, yang PKR cuma nak perkudakan Mahathir. Tapi semua orang dah tahu dah hal itu. Mereka nak gunakan Mahathir supaya bebaskan si lelaki kaki liwat tu.

Tapi jelas bahawa rakyat kini sudah tidak lagi menghormati Mahathir… Siap penyokong Anwar lemparkan gelaran  Mahazalim dan Mahafiraun kepada Mahathir ketika dia berucap. Kesian laaaa.. 

Orang dah tua, berehat je kat rumah main dengan cucu.., tapi orang tua ni suka pulak kena maki di jalanan.

“Banyak kamera media yang dialihkan ke arah mereka apabila sorakan mereka makin kuat semasa Tun Mahathir bercakap.

 “Saya pun tidaklah terlalu selesa dengan Tun Mahathir tetapi kena ada adab. Islam tidak mengajar kita mengaibkan orang. Dia sudah tua.

 “Bagi saya dosa-dosanya dan kesilapannya biarlah di antara dia dan Allah. Sementara saya berhati-hati dengan dia, adab kena jaga dan mengaibkan orang tua itu adalah ‘poor taste’,’ kata Rafizi lagi..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment