Monday, April 04, 2016
PKR Hina Mahathir Di Demo Bantah GST
Demonstrasi Bantah GST yang diadakan pada 2 April 2016 di Dataran
Merdeka Kuala Lumpur bagaikan tiada fokus dan penuh dengan ‘lakon layar’
masing-masing.
Mana tidaknya, penganjur demo iaitu Parti Amanah Nasional (PAN)
menganjurkannya untuk mengajak rakyat untuk menentang dan membantah
sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST.
Tetapi berbeza pula dengan ucapan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar yang mahukan bekas Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.
Manakala bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed pula berucap
hanya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turun dari
jawatannya.
Masing-masing ada nada dan hala tuju tersendiri yang mereka perjuangkan, namun hadirin pula adalah orang yang sama.
Sebelum itu, seorang pemimpin tertinggi PKR, Dr Badrul Amin Baharon
telah mendoakan kehancuran kepada ‘Mahazalim’ dan ‘Mahafiraun’.
Selain itu, dia juga telah mendoakan agar Allah menjatuhkan hukuman
terhadap orang yang mula-mula menyebabkan Anwar Ibrahim ke penjara
seperti pada minit ke 1:30 keatas dalam video.
Persoalannya, siapakah yang terkenal dengan gelaran ‘Mahafiraun’ dan
‘Mahazalim’ tersebut? Dan siapa pula yang telah menyebabkan Anwar
Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara?
Rasanya semua sudah sedia maklum, orang berkenaan tidak lain tidak bukan
adalah Dr Mahathir, Perdana Menteri ke empat. Jangan salahkan penulis
atau Umno, kerana yang memberi gelaran berkenaan adalah Pengerusi PAN
sekarang iaitu Mohamad Sabu.
Bukankah Mohamad Sabu turut berada dalam demo berkenaan? Maka dia harus mengakuinya.
Lebih jelek lagi, adakah Dr Mahathir turut mengaminkan doa yang dibaca
oleh Dr Badrul Amin berkenaan? Kerana difahamkan, Dr Mahathir juga
sedang berada di situ semasa demo.
Apapun, ia jelas kelihatan bahawa PKR masih belum mampu memaafkan segala
salah dan silap Dr Mahathir selama ini. Mungkin DAP dan PAN sahaja yang
sudah mula untuk berjinak-jinak dengan bekas Presiden Umno berkenaan
kerana mudah untuk ‘dipergunakan’.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment