Monday, April 04, 2016
Pemuda AMANAH Gesa Rakyat Abaikan Undang-Undang, Tuntut Reformasi
KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Pemuda Amanah (PAN), Faiz Fadzil menggesa
penyokong parti pembangkang untuk mengabaikan undang-undang negara bagi
memastikan tuntutan reformasi dapat digerakan tanpa sebarang halangan.
Faiz ketika menyampaikan ucapan di majlis Pelancaran Kelab Penyokong
Pakatan Harapan Malaysia di sini, Sabtu turut menegaskan undang-undang
di negara ini sebagai tidak adil dan berat sebelah.
“Pendekatan yang dibawa oleh Pakatan Harapan ialah dengan mengembeling
suara (dan) tenaga rakyat untuk membuat satu reformasi yang besar dalam
negara kita (dan) itu adalah harapan saya kepada penyokong Pakatan
Harapan Malaysia.
“Dari sudut undang-undang bila berjuang kita kena abaikan undang-undang…
saya tau jugalah 2-3 benda pasal undang-undang seperti menghasut,
menfitnah dan sebagainya tapi kita jangan takut dengan undang.
“Kerana undang-undang ini dibuat untuk melakukan ketidakadilan, sebab
itu kalau kita terikat dengan undang-undang kita tidak akan dapat
bergerak dengan lebih maju dalam politik” katanya.
Terdahulu Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd
Ithnin turut menggesa rakyat bangkit untuk mengulingkan kerajaan
melalui demontrasi dan rusuhan jalanan ala ‘arab spring’.
Menurut Shazni Munir, zaman sopan santun sudah lama berlalu dan untuk
mengalahkan politik biadap dan tidak bertamadun perlu melalui proses
yang ‘kurang ajar’ sambil menyifatkan adalah mustahil kerajaan Barisan
Nasional (BN) ditumbangkan melalui sistem demokrasi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment