Tuesday, April 05, 2016
Pemuda AMANAH Ditahan Bawah Akta Hasutan
KUALA LUMPUR : Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin ditahan
selama 24 jam di bawah Akta Hasutan atas dakwaan menulis sebuah makalah
yang menghasut rakyat merusuh di jalan raya.
Shazni yang diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi
diberitahu pegawai penyiasatan daripada Bukit Aman sebentar tadi bahawa
dia ditahan mandatori 24 jam untuk siasatan.
Shazni tampil ke IPD Dang Wangi dengan ditemani peguam, Lim Lip Eng.
Sabtu lalu, Ketua Polis Negara (IGP), Datuk Seri Khalid Abu Bakar
menulis di Twitter, “PCRIC dan Unit Siasatan Khas D5 @PDRMsia ambil
tindakan ke atas penghasut ini” berhubung penyebaran artikel ‘Kerajaan
Malaysia hanya boleh ditumpaskan dengan rusuhan besar-besaran’.
Shazni bagaimanapun berkata makalah yang disiasat itu telah diputarbelit daripada makalah asal yang diterbitkan Khamis lalu.
Sebelum menyertai AMANAH pada tahun lalu, Shazni merupakan bekas aktivis
mahasiswa yang aktif dengan Gerakan Mahasiswa Islam (Gamis) dan Pemuda
PAS Johor serta pernah menjawat jawatan Pegawai Akhbar di Pejabat
Menteri Besar Selangor.
Dalam pada itu Pemuda AMANAH membidas tindakan polis kerana kenyataan Shazni telah dimanipulasi daripada kenyataan asal.
“Memberi penerangan kepada rakyat tentang bahana GST dan menyeru untuk turun ke Himpunan Bantah GST bukanlah satu jenayah.
“Penangkapan yang dibuat memberi isyarat pihak polis dilihat terdesak
untuk membela kerajaan daripada berhadapan kemarahan rakyat,” kata Ketua
Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan media.
Sementara itu, NGO Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Gerakan Anti Akta
HAsutan (GAH) akan bersama-sama Pemuda AMANAH yang merancang mengadakan
vigil solidariti untuk Shazni dan seorang lagi aktivis, Ahmad Shukri
Kamaruddin yang turut ditahan di bawah Akta Hasutan di Johor pada Isnin
lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment