Monday, April 04, 2016
Program Integrasi Komuniti Diperkasakan – Kurup
PUTRAJAYA : Program Integrasi Komuniti yang diadakan pada
setiap sesi persidangan Parlimen akan diteruskan serta diperkasakan,
kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.
Beliau berkata program itu ternyata berkesan bagi membentuk pemahaman
budaya di kalangan masyarakat, selain membentuk semangat membudayakan
perpaduan dalam kehidupan seharian.
“Inisiatif ini perlu diperkasakan lagi dengan menyuntik elemen
penjanaan ekonomi sebagai sebahagian teras dalam pengisian program yang
dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika meraikan 75 peserta Program Integrasi
Komuniti di sini, sempena persidangan Parlimen Ke-13, selepas menamatkan
program yang berlangsung selama lima itu, hari ini.
Peserta dalam kalangan pemimpin Rukun Tetangga, masyarakat dan badan
bukan kerajaan (NGO) dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
itu, terlibat dalam program seperti keluarga angkat, gotong-royong serta
aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti di Sungai Petani dan Yan,
Kedah.
Peserta juga dibawa melawat Parlimen bagi melihat sendiri perjalanan siding Dewan Rakyat sebagai acara akhir program tersebut.
Kurup berkata program itu bukan sahaja untuk meningkatkan pemahaman
budaya antara kaum, malah mahu ia menjadi platform yang memberi impak
positif dan berkesan kepada komuniti dari aspek ekonomi dalam komuniti.
Beliau yakin perkongsian ilmu mengenai aktiviti ekonomi penduduk
setempat dapat memberi idea dan ilham kepada peserta, seterusnya
memanfaatkannya untuk dilaksanakan di kawasan masing-masing.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment