Monday, April 04, 2016

Puteri UMNO Terengganu Fokus Tingkatkan Jumlah Anggota

http://babab.net/img/saya-akan-meneruskan-perancangan-mantan-kpu3nt-erniesalwani.jpg
BESUT : Pergerakan Puteri UMNO Terengganu akan memberi penekanan untuk meningkatkan jumlah anggota sayap parti itu dalam usaha membantu mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Erniesalwani Saidi berkata sekiranya jumlah keanggotaan sudah melebihi majoriti pengundi bagi sesuatu kawasan ia memudahkan BN untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Sebagai langkah awal, beliau berkata, sayap Puteri dan Pemuda akan bergabung melaksanakan program yang diberi nama 2,211 yang mempunyai sasaran untuk memperbanyakkan program daftar pemilih dan menubuhkan cawangan-cawangan baharu  setiap bulan.

“Puteri mensasarkan dua ahli baharu didaftarkan setiap bulan di samping sebuah cawangan ditubuhkan di seluruh negeri bagi memantapkan sayap Puteri di seluruh negeri”, katanya kepada pemberita selepas pelancaran Alumni Sekolah-Sekolah Imtiaz oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini, semalam.

Katanya, pihaknya akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Puteri Negeri sebaik sahaja mesyuarat di peringkat semua cawangan selesai bagi memperkemaskan aktiviti-aktiviti lawatan kesemua bahagian.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment