Sunday, April 03, 2016

Salah Satu Contoh Dimana Tindakan Keras Perlu Diambil...

SILA BACA DAN FAHAMKAN. SHARE SEBARKAN JIKA ANDA MAHU RAMAI LAGI YANG TAHU TENTANG HAKIKAT INI.

Saya sempat membaca satu artikel oleh Wael Ghonim, admin kepada page 'We Are All Khaled Saeed' yang mencetuskan Revolusi Mesir pada tahun 2011.

Pada mulanya Wael meraikan kejayaan revolusi menjatuhkan Diktator Hosni Mubarak, tetapi kesan selepas revolusi tersebut menyebabkan beliau merasa amat menyesal dengan apa yang telah beliau mulakan.

Beliau mengambil keputusan untuk mendiamkan diri di media sosial selama 2 tahun, memikirkan apa yang telah beliau lakukan dan kesannya. Tapi nasi telah menjadi bubur, segalanya telah pun terlambat.

Media Sosial selepas Revolusi Mesir hanya dipenuhi oleh fitnah, posting kebencian, khabar angin, trolls dan segala perkara yang menyebabkan masyarakat di Mesir terus berpecah.

Pada pendapat beliau terdapat 5 Cabaran Kritikal yang dihadapi oleh pengamal Media Sosial yang mengakibatkan perkara tersebut berlaku.

1. Sebenarnya kita tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan khabar angin. Khabar angin yangmengesahkan pandangan peribadi seseorang (bias), dipercayai dan disebarkan kepada mereka yangmempunyai pandangan yang sama.

2. Kita hanya berinteraksi dengan mereka yang mempunyai pandangan/pendapat yang sama dengankita. Media sosial menyediakan kita kebolehan untuk 'mute', 'unfollow' dan 'block' untuk mereka yang tidak bersependapat dengan kita.

3. Perbincangan online hanya akan membawa kepada pergaduhan, perbalahan dan akhirnya membangkitkan kemarahan. Kita lebih berhati-hati berkomunikasi di hadapan individu tersebut berbanding jika di hadapan skrin komputer atau smartphone.

4. Ia menjadi sangat sukar untuk mengubah pendapat seseorang. Kepantasan media sosial menyebarkan khabar angin mengakibatkan pembaca senang untuk membuat kesimpulan, lebih-lebih lagi tentang perkara yang hanya mengesahkan pendapat mereka.

5. Rekabentuk media sosial pada hari ini memberi kelebihan untuk 'broadcast' (sebaran) berbanding dengan perbincangan. Posting pendek dihargai berbanding posting panjang.

Bahawa Arab Spring tersebut di atas menjadi satu ikutan kepada demonstrasi Bersih siri gerakan menghasut untuk menjatuhkan kerajaan turut digerakkan oleh media sosial di negara kita.

Sekiranya mekanisma untuk mengendalikan khabar angin masih gagal ditemui, maka negara kita akan menghadapi masalah yang amat besar. Fitnah akan menjadi fakta dan kebenaran akan dianggap palsu belaka.

Ramai yang menggunakan media sosial untuk mencari maklumat yang membenarkan, mengiakan atau mengesahkan pendapat mereka sendiri. Maklumat dan informasi yang bercanggah dengan pendapat sendiri akan dibuang dan ditinggalkan.

Malah ada yang bertindak untuk menuduh maklumat tersebut fitnah, palsu dan penipuan semata-mata lantaran bercanggah dengan pendapat mereka.

Ini dinamakan Conformity Bias. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment