Sunday, April 03, 2016
Inilah Melayu Mudah Lupa !!!!! Perhimpunan Bantah GST : Tun Mahathir Turut Hadir Di Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR : Ribuan penunjuk perasaan berhimpun dekat Dataran Merdeka
bagi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada
petang Sabtu.
Terdahulu, mereka bergerak secara berkumpulan dari Masjid Negara, Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu berarak membawa sepanduk ke Dataran
Merdeka.
Sebahagian besar penunjuk perasaan terdiri daripada anggota Parti Amanah Negara (Amanah) dan kumpulan Otai Reformasi.
Pihak berkuasa kemudiannya mengadakan sekatan di persimpangan Jalan Tun
Perak dan Jalan Perak dekat Dataran Merdeka pada kira-kira pukul 3
petang.
Lebih kurang pukul 5.10 petang, kelihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di
Dataran.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang mengadakan perhimpunan ini.
"Sebelum ini, Malaysia berada dalam keadaan cukup baik di mana rakyat mempunyai kerja dan pendapatan yang munasabah.
"Saya pernah rayu kepada Najib untuk laksana GST, tetapi Najib tetap mahu duit dari rakyat," ucapnya.
Tun Mahathir juga meminta orang ramai supaya menandatangani Deklarasi Rakyat.
"Tolong tandatangan Deklarasi Rakyat supaya kita dapat salurkan rintihan yang dialami kepada (Majlis) Raja-Raja Melayu.
"Walaupun tiada dalam Perlembagaan tetapi raja akan dengar suara rakyat,
tanpa rakyat tiadalah raja. Sebab itu sokongan dan rintihan rakyat
harus didengari".
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment