Thursday, April 07, 2016
Wartawan Kanan Nafi ‘Letak Tangan Belakang’ Prosedur Polis
KUALA LUMPUR : Wartawan Kanan Meja Jenayah, Zulhazri Abu Bakar
menafikan tindakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli meletakkan tangan
dibelakang ketika ditahan polis sebagai satu prosedur yang dilakukan
oleh pihak polis.
Dakwanya, tiada sebarang SOP yang mendesak pesalah untuk meletakkan
tangan dibelakang walaupun atas alasan untuk membataskan pergerakan
tangan.
“Dah bertahun buat liputan di mahkamah, sejak 1994 lagi, pertama kali
dengar kononya ada SOP letak tangan di belakang OYDS (orang yang
disyaki) apabila tidak digari.
“Ada yang kata kononnya untuk membataskan tangan, dia nak buat apa
dengan tangan dia? lols, mana ada SOP macam itu,” katanya dalam
satu status yang dimuatnaik di Facebook.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan reaksi masyarakat yang
tidak berterima kasih pada polis yang menggunakan budi bicara ketika
menahan Rafizi termasuk dipakaikan baju lokap.
Beliau turut kecewa terhadap sikap segelintir masyarakat yang dilihat seperti menghalalkan permainan wayang Rafizi.
Ujarnya lagi, SOP yang patut dipertikaikan umum adalah kenapa Rafizi tidak digari seperti tahanan reman yang lain.
“Apa istimewanya Rafizi tidak perlu mengenakan pakaian lokap. Patut
gari jek Rafizi tu. Banyak sangat fitnah sampai orang kampung keluarkan
simpanan nak pergi haji,” ulasnya.
Dalam pada itu pengendali laman Facebook Rafizi sebelum ini
memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Pandan itu telah digari dan dilayan
seperti penjenayah, namun status tersebut di ubah selepas isu lakonan
seolah-olah tangannya digari menarik perhatian umum.
Berikutan pendedahan video memaparkan aksi Rafizi meletakkan tangan
di belakang tanpa sebarang gari tersebar, penyokong pembangkang terutama
dari PKR yang sebelum ini mengecam tindakan polis menggari Rafizi
menafikan pula wujudnya sebarang kenyataan yang mendakwa Ahli Parlimen
Pandan itu telah digari.
Tinjauan di halaman Facebook Pakatan Harapan Supporter yang mendakwa
Rafizi digari dan dilayan seperti penjenayah bagaimanapun masih kekal.
“Di layan seperti penjenayah dengan tangan di gari, BN Tumbang Rakyat Gembira!,” tertera status di laman tersebut.
“Buat apa digari dia (Rafizi) bukan penjenayah. Dia wakil rakyat yg
rakyat pilih!!! Aduuhhh something wrong somewhere!!!,” kata Pakngah Hat
Mokti di ruangan komen laman Facebook Pakatan Harapan Supporters.
Terdahulu, Rafizi ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi
membantu siasatan ke atas kesalahan membocorkan dokumen rahsia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment