Monday, May 16, 2016

Shahrir Samad Vs Mahathir 1988 : 'The Untold True Story'...

EDITOR MENULIS...
16 MEI 2016
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/Shahrir-Samad-Mahathir-umno.jpg
Mungkin ramai generasi muda dan mereka yang masih 'mentah' dalam menganalisa senario politik negara tidak pernah tahu tentang kisah ini. Atau mungkin 'kisah ngeri' ini sengaja dirahsiakan dari pengetahuan rakyat bagi menutup malu besar seorang 'diktator'...

Sebermulanya kisah yang menjadi fakta sejarah politik negara kita itu berlaku di bahagian selatan negara di negeri Johor. Ia berlaku di Johor Bharu, mengenai sengketa antara Ahli Parlimen bagi kawasan ini, Tan Sri Shahrir Samad dengan Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kejadian benar itu berlaku pada tahun 1988, kira-kira 7 tahun selepas Mahathir menang tipis setelah dicabar Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan agung UMNO 1987, dan selepas bapa Dato' Seri Mukhriz itu pecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

Ketika itu, kedudukan politik Mahathir sangat goyah. Kemelutnya jauh lebih teruk berbanding apa yang dihadapi Presiden UMNO sekarang, Dato' Seri Najib Tun Razak. UMNO diharamkan dan Mahathir menubuhkan UMNO 'baru'. Sokongan terhadap Mahathir sangat rendah ketika itu sama ada di dalam parti, mahupun dari sudut pandang rakyat jelata.

Shahrir sewaktu itu memang 'tidak berlaga angin' dengan Mahathir. Beliau cuba membuktikan betapa goyahnya sokongan rakyat terhadap bapa Mukhriz. Caranya, Shahrir sengaja meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bharu dan mahu Pilihan Raya Kecil (PRK) berlangsung.

Jadi, ketaranya PRK Johor Bharu itu adalah untuk mengukur sejauh mana kekuatan yang kononnya dimiliki Mahathir setelah 7 tahun menjadi 'diktator'. Setelah meletak jawatan, Shahrir sekali lagi dengan sengaja, bertanding sebagai calon BEBAS mencabar calon BN yang dipilih Mahathir.

Apa yang menariknya, Shahrir walaupun bertanding sebagai calon Bebas, namun beliau berjaya menang bergaya menewaskan calon BN! Ia secara tidak langsung membuktikan betapa rakyat langsung tidak percaya, tidak yakin dan menyampah pada Mahathir.

Namun begitu, meskipun dimalukan Shahrir sebegitu teruk sekali, Mahathir tetap enggan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, apatah lagi melepaskan jawatan Perdana Menteri yang beliau sandang. Alasannya mudah, hanya pengundi Johor Bharu saja yang tidak suka pada Mahathir dan kerana itu tidak perlulah dia meletak jawatan...

Yang peliknya pada Mahathir ini, tiba-tiba saja dia menetapkan Najib perlu meletak jawatan jika BN tewas di PRK Parlimen Sungai Besar atau Kuala Kangsar? Dulu dia tidak meletak jawatan, tapi kini dia suruh pula Najib letak jawatan? Apa sudah jadi pada 'otak genius' Mahathir?

Sekiranya benar Mahathir seorang yang adil dan tidak berkepentingan, dia tidak akan menggesa sesuatu yang tidak masuk dek akal begitu. Namun mungkin kerana terlalu 'terdesak', maka dia berperangai macam budak-budak tidak cukup akal? 'Genius' sungguh otak Mahathir, ada sesiapa mahu kaji otak 'auta'nya?

Pada pandangan saya, hanya mereka yang 'loser' saja yang akan melayan segala yang diperkatakan Mahathir diusianya begini. Itulah jadinya bila terlalu taksub pada pemimpin, dari muda hingga ke tua asyik tertipu oleh 'diktator' yang masih kemarukkan kuasa mencatur negara. Elok suruh dia ke masjid kumpul pahala lebih baik..

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment