Monday, May 16, 2016

Ambiga Dakwa Deklarasi Rakyat Mampu Selamatkan Malaysia

http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/46566/a50a.jpeg
Pelbagai usaha yang telah dilakukan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semata-mata untuk memulihkan ekonomi negara. Malah kebanyakkan daripada usaha sama tersebut telah membuahkan hasil.. Akan tetapi ia tetap dipandang hina oleh pembangkang.

Bekas Pengerusi Bersih, Dato Ambiga Sreenevasan baru-baru ini menggesa pihak yang bertanggungjawab untuk melontarkan cadangan dan buah fikiran sebagai satu alternatif lain untuk menyelamatkan negara dari kemusnahan.

Dakwanya, selama ini dan sehingga kini Ambiga melihat hanya Deklarasi Rakyat yang menjadi tunjang utama dan satu-satunya usaha yang dijalankan oleh pihak pembangkang untuk selamatkan negara yang dilanda krisis buruk.

“Kita boleh untuk bersetuju dan tidak setuju atau kita tidak langsung buat apa-apa tindakan untuk selamatkan negara kerana kita ada pilihan.

“Saya tak kata kita buat Deklarasi Rakyat yang sempurna tapi kita lakukan sesuatu ketika negara dalam krisis, apakah cadangan anda untuk selamatkan negara dan kita nak tahu apa rancangan anda semua? Kalau anda ada, jadi buatlah,” katanya.

Amboiiiii.... Ambiga ni ‘pukul naik’ nama Deklarasi Rakyat yang kononnya mampu selamatkan negara. Habis tu, selama ini usaha yang dibuat kerajaan dan Perdana Menteri sehingga telah memulihkan ekonomi negara sedikit demi sedikit tu apa cerita??

Apa je usaha yang dibuat oleh Deklarsi Rakyat tu sehingga ‘telah selamatkan negara’? Setahu kitalah Deklarasi Rakyat tu bukannya selamatkan negara pun tapi merosakkan negara lagi ada la.... Yang kerajaan sibuk pulihkan negara tapi mereka usaha ‘selamatkan negara’ timbulkan balik masalah lama.

Ambiga kononnya kata macam tu sebab nak bidas soalan yang diajukan oleh bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan . Arutchelvan yang bertanyakan mengapa Deklarasi Rakyat dibuat secara terburu-buru.

Jelas Ambiga, walaupun Deklarasi Rakyat dibuat secara terburu-buru... Akan tetapi Ambiga telah terpikat dan ‘jatuh cinta’ dengan isi kandungan Deklarasi Rakyat. Sebab tu la dia turut serta dalam deklarasi tersebut.

“Saya setuju ia memang terburu-buru dibuat, ia saya setuju. Kami di NGO hanya tahu empat hari iaitu pada 4 Mac, ketika Deklarasi Rakyat dicadangkan.

“Saya dan Maria Chin Abdullah telah buat 'consultation' yang banyak pada ketika itu,” katanya. Hahaaa... Kelakar pulak alasan Ambiga ni, bagus sangat ke Deklarasi rakyat tu?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment