Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Monday, May 16, 2016
Pakatan Harapan Sudah Jadi Macam ‘KELUARGA 69’
Macam sudah jadi ‘Keluarga 69’ pula dah parti-parti yang ‘berpakat’ dalam pakatan harapan ini. Sana sini gaduh. Bukan lagi ribut dalam cawan. Inilah agaknya ‘ketulahan’ kesan kekalahan teruk DAP yang cuma
menang tujuh daripada 31 kerusi ditandingi dalam pilihan raya negeri
Sarawak 7 Mei lalu.
Ketika sekutu kuatnya, PKR masih berupaya mengekalkan tiga kerusi di
sana, DAP sudah tidak mampu lagi menanggung rasa bimbangnya terhadap
masa depan pakatan.
PAN diketuai Mohamad Sabu yang diharapkan menggantikan Pas,
rupa-rupanya hanya ‘lebih sudu dari kuah’ sahaja. Ada hati pula nak
‘rampas’ calon kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar daripada
Pas.
Beberapa hari selepas gagal di Sarawak, di negeri penguasaan DAP, Pulau Pinang pula berkocak.
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang sebelum ini menimbulkan
kontroversi kerana dikatakan menentang Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam
isu projek penambakan laut, difahamkan ditekan untuk mengubah
pendirian mereka.
Bimbang dengan perpecahan pakatan itu di Pulau Pinang yang menjadi
‘pangkalan satelit’ DAP, lima ADUN PKR terbabit dipercayai
‘diperingatkan’ supaya patuh dengan kerajaan atau dipersalahkan atas
perpecahan pakatan.
ADUN-ADUN PKR yang memutuskan berkecuali berhubung usul oleh UMNO
mengenai projek penambakan laut pada sidang DUN Pulau Pinang November
lalu ialah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Lee Khai Loon (Machang Bubuk),
Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Dr. Norlela Ariffin (Penanti) dan Dr. T.
Jayabalan (Batu Uban).
Akibat tidak sehaluan ini jugalah pada Februari lalu, Chin Wen
ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf
Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau
Pinang.
Kah Peng pula ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.
Dan barangkali kerana menyedari PKR dan PAN bukanlah gandingan
secocok untuknya memulihkan imej yang tercalar teruk, DAP terpaksa
menjilat kembali ludah sendiri mengajak Pas ke meja rundingan.
Ini semata-mata demi menjayakan hasrat DAP mencalar imej BN di kerusi
Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar setelah baru sahaja menang
bergaya di Sarawak.
Namun, mahukah Pas kembali melutut kepada DAP, setelah bermacam-macam
penghinaan, tohmahan dan kecaman diterima oleh Presidennya, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang daripada Guan Eng dan konco-konconya.
Kecaman yang Abdul Hadi ‘bercakap tidak serupa bikin’ dan Presiden
itu disifatkan Guan Eng sebagai ‘pengkhianatan bersiri’ serta
ketidakupayaannya untuk mengotai janji-janjinya masih segar.
Dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan
timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak serasi, DAP semakin
pening kepala. Adakah hubungan Guan Eng-Mohamed Azmin demikian juga?
Pakatan harapan bergelora... Tanpa Pas, Pakatan berkecamuk... Hilang arah tuju...
Hanyut ke laut lepas. ‘Keluarga 69’..... Itulah PAKATAN HARAPAN...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment