Friday, May 20, 2016
Ehhh...Elehhhh.... Azmin Nafi Minta ADUN PAS Letak Jawatan
SHAH ALAM : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri
Azmin Ali menafikan memberi kata dua kepada exco PAS supaya meletak
jawatan atau melupakan hasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)
Parlimen Sungai Besar bulan depan.
Katanya fokus beliau kini ialah mengadakan perbincangan dengan pelbagai
parti pembangkang untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.
"Saya akan adakan mesyuarat dengan Parti Amanah Negara hari ini. Kata
dua? Tak ada seperti itu. Ia tidak benar. Fokus kami adalah untuk
membincangkan mengenai kerusi berkenaan dan ia belum selesai," katanya
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan
Ekonomi Selangor di sini, Khamis.
Menteri Besar itu diminta mengulas laporan bahawa beliau telah meminta
anggota Exco Selangor daripada PAS untuk meletakkan jawatan jika parti
itu berkeras untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.
Menurut laporan itu, Azmin mahu PKR bertanding di kerusi tersebut dan bukannya PAS atau Amanah.
Ditanya sama ada PAS akan kekal dalam pentadbiran negeri jika ia
bertanding kerusi itu, Menteri Besar Selangor berkata: "Jangan terus
membuat kesimpulan."
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment