Monday, May 16, 2016

Survival Politik Pembangkang Bergantung Kepada Fitnah Dan Pembohongan

KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata survival politik pembangkang hanyalah bergantung kepada pendekatan fitnah dan pembohongan yang disusun untuk mengelirukan rakyat serta menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

Menurut beliau, nyawa politik pembangkang tidak boleh bertahan lama dalam arena politik negara sekiranya mereka meninggalkan pendekatan politik fitnah dan pembohongan mereka itu.

“Survival politik pembangkang hanya bertahan di negara ini kerana mereka mengamalkan pendekatan fitnah dan pembohongan. Dengan taktik kotor seperti ini, mereka berjaya mempengaruhi rakyat dengan mengelirukan pemikiran mereka dengan fakta yang direka dan dimanipulasikan.
pembangkang fitnah 
“Sebab itu kita dapat lihat pembangkang tidak akan habis-habis menyerang kerajaan dengan pelbagai fitnah dan tuduhan membabi buta secara berterusan Dan diulang-ulang. Ini merupakan taktik mereka untuk mempengaruhi dan mengelirukan rakyat di negara ini,” tegasnya kepada media di sini hari ini.

Sebagai contoh kata beliau, isu tabung Haji sebelum ini merupakan satu lagi siri fitnah dan pembohongan terbaru pembangkang terhadap institusi Islam dan kerajaan di negara ini.

“Siri pembohongan mereka ialah apabila ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli melemparkan tuduhan terhadap Tabung Haji di mana akhirnya ternyata hanya fitnah dan pembohongan apabila terbukti bahawa kewangan institusi tersebut masih kukuh, bahkan mampu member dividen sebanyak lapan peratus untuk penyimpan. 

“Begitu juga dalam hal ekonomi negara di mana pembangkang sejak bertahun lalu mencadangkan negara akan bankrap, tetapi sehingga ke hari ini Alhamdulillah ekonomi negara masih kukuh dan terus berkembang. 

“Kalau kita nak disenaraikan siri-siri pembohongan mereka, tak cukup kertas nak ditulis. Saya yakin, ramai yang masih ingat tentang pembohongan 16 September, pembohongan dalam isu Bangla masuk mengundi, isu blackout ketika PRU 13, isu Lahad Datu dan banyak lagi,” jelasnya. 

Justeru itu, beliau menyeru rakyat agar jangan mempercayai dan menelan bulat-bulat segala dakwaan yang dibuat oleh pembangkang kerana telah terbukti mereka lebih banyak berbohong daripada bercakap benar. 

“Kadang-kadang saya jadi pelik mengapa ada orang yang percaya dengan apa yang dikatakan oleh Rafizi dan juga pemimpin pembangkang, sedangkan mereka ini telah berkali-kali di dapati bersalah kerana memfitnah. 
 
“Saya kira sudah sampai masanya kita rakyat Malaysia menolak ahli dan parti politik yang menjadikan fitnah dan pembohongan sebagai pendekatan politik mereka sehingga menimbulkan kekeliruan dan suasana yang tidak selesa di kalangan rakyat,” ujarnya...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment