Friday, May 20, 2016
Sikap Dengki Dan Terlalu Keras Kepala Macam Ni..... Kalau Mahathir Ada Hati Perut...
Selepas mengecapi berbagai manafaat kerana UMNO dan Barisan Nasional
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyoal sama ada wajar Tun Dr
Mahathir Mohamad menikam balik parti yang banyak berjasa kepada beliau
dan negara.
Mengulas kenyataan Mahathir yang mahu pengundi menolak Barisan Nasional
dan UMNO dalam pilihanraya kecil Sungai Besar and Kuala Kangsar, Najib
berkata Mahathir perlu ingat beliau berkuasa selama 22 tahun kerana
UMNO.
"Barisan nasional merupakan parti yang banyak jasanya dan Tun Mahathir
menjadi perdana menteri kerana Barisan Nasional dan kerana UMNO," kata
Najib di sidang akhbar di London lewat Selasa (pagi Rabu di Malaysia).
"Dia dan keluarganya mendapat banyak manfaat daripada kedudukan sebagai
perdana menteri. Dan ini kerana kekuatan UMNO dan barisan nasional,"
kata Najib seperti yang dilaporkan Berita Harian.
"Jadi bila dia suruh orang menolak parti yang banyak berjasa, maka
banyak reaksi yang negatif terhadap pendirian beliau yang tidak
mengambil peduli langsung apa yang dia terima sebagai manfaat kerana
tanpa BN dan UMNO beliau tidak akan menjadi perdana menteri sama
sekali," katanya.
"Jadi banyak orang kata tentu sekali amat tidak wajar sekali kalau orang
ada perasaan hati perut tidak akan menolak parti yang banyak berjasa
kepada kita sebagai individu dan jasa kepada negara keseluruhannya."
"Perubahan kepada negara kita, pembangunan negara kita, kestabilan
politik negara kita, kejayaan kita selama ini adalah Barisan Nasional
dan UMNO sebagai tunggak kepada Barisan Nasional.
"Adalah wajar kita pula menikam balik parti yang begitu banyak jasanya kepada diri kita dan pada negara?
Ditanya adakah beliau kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir, Najib
berkata: "Saya sudah menjangka. Saya rasa orang ramai lebih kenal siapa
beliau sekarang. (I had expected it. I think people know the man now
better."
Sementara itu, mengulas mengenai pilihanraya kecil Sungai Besar dan
Kuala Kangsar, BN kata Najib sedang meninjau calon yang paling sesuai
kedua-dua pilihanraya tersebut.
"Kita dalam masa ini dalam proses tinjauan calon yang paling sesuai untuk ditengahkan," katanya.
"Kita perlu teliti dari semua aspek supaya calon yang kita pilih nanti
akan diterima bukan saja oleh parti tetapi juga oleh pengundi secara
keseluruhannya," tambah beliau.
Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO, berkata Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas
sebagai Timbalan Presiden UMNO, sedang membuat persiapan untuk
menghadapi kedua-dua PRK.
Pencalonan ditetapkan pada 5 Jun dan pengundian pada 18 Jun.
Kerusi-kerusi berkenaan kosong berikutan kematian Timbalan Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli
Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada
nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment