Monday, May 16, 2016
Sokong 100%.....UMNO Patut Pecat Muhyiddin, Mukhriz - Ku Nan
KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor menegaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz
Mahathir sewajarnya dipecat daripada parti itu.
Bagaimanapun beliau berkata nasib Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden
Umno dan Mukhriz selaku bekas menteri besar Kedah hanya akan ditentukan
dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno akan datang.
Tambah beliau badan tertinggi parti itu sudah menerima laporan daripada
Lembaga Disiplin mengenai siasatan terhadap Muhyiddin dan Mukhriz.
"Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir patut dipecat
daripada parti. Pada saya, saya sudah singkirkan mereka sejak dahulu
lagi.
“Kita sudah buat laporan mengenai Mukhriz dan Muhyiddin, dan kita akan
bentangkan di Majlis Tertinggi untuk putuskan kerana Jawatankuasa
Disiplin telah menghantar semula keputusan untuk Majlis Tertinggi
tentukan.
“Kertas siasatan telah diberikan kepada kita (MT) dan biarlah mereka yang tentukan,” katanya lagi.
Sementara itu ditanya mengenai kedudukan Naib Presiden Umno, Datuk Seri
Shafie Apdal bersama parti itu, Tengku Adnan berkata: “Beliau tidak
terlalu menyerlah, sepentas bersama pembangkang. Terdapat beberapa
masalah tetapi masih ada kelonggaran yang kita masih boleh
pertimbangkan.
"Tetapi dua orang ini (Mukhriz dan Muhyiddin) sudah bersama pembangkang, jadi itu kita tidak boleh terima," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment