Monday, May 16, 2016
Hadi Tak Lupa, DAP Yang Pecahkan PAS Kepada Dua
EDITOR MENULIS...
15 MEI 2016
Pakatan Harapan – PKR, DAP dan PAN ini
masih hidup dalam angan-angan bila menyangka PAS akan ikut cakap dia
untuk pilih bertanding salah satu kerusi dalam 2 pilihanraya kecil yang
akan datang, di Sg Besar dan Kuala Kangsar.
Seolah-olahnya itu pengorbanan yang maha
besar dibuat Pakatan apabila membenar PAS bertanding salah satu kerusi,
lawan satu sama satu dengan BN. Yang bodoh-bodoh ini tak fikir, kenapa
PAS nak bertanding satu bila dia boleh bertanding dua?
Apa DAP lupa ke yang PAS dipecah kepada
dua apabila DAP berpakat dengan Mat Sabu untuk menubuhkan PAN? DAP
menyokong penubuhan PAN dan menolak keluar PAS dari Pakatan Rakyat dan
menubuhkan Pakatan Harapan? Ini yang pakat-pakat perasan boleh arah PAS
itu dan ini seolah-olah tidak ada apa yang berlaku ni, gila macam mana?
Dari 21 kerusi Parlimen, PAS hilang
separuh sebab ahli Parlimen yang menang atas tiketnya dalam PRU13 masuk
PAN. Yang baki itupun ada yang pakai jubah PAS tapi hati PAN, macam
Mahfuz contohnya Kutuk, maki, pandang rendah dan sebagainya, jangan
cakaplah, nak-nak dengan DAP, sekarang PAS nak dengar cakap DAP? Nak
dengar cakap PKR?
Itu parlimen, belum kira ADUN lagi, Di
Johor saja semua ADUN PAS masuk PAN (langsung dan tak langsung). Yang
dilantik Pengarah Pilihanraya di Kuala Kangsar, Nizar itupun bekas orang
PAS, bukan dia menang atas tiket PAN pun. Nak kerjasama pulak
sekarang?
Luculah dan PAS betul-betul biol kalau
dia ikut cakap puak-puak ni yang memecah belahkan dia sebenarnya. Tapi
baca kenyataan Hadi Awang semalam, nampak macam PAS tak lupa, baguslah
begitu tapi dalam politik, apa saja boleh berlaku.
Anyway, ini peluang rakyat menilai
bahawa puak-puak ini main politik saja 24 jam. Tidak ada Islam, tidak
ada niat nak bantu rakyat pun, masing-masing fikir macam mana nak dapat
untung untuk diri masing-masing sahaja. Hakikatnya, apa pun keputusan
pilihanraya ini tidak akan mengubah kedudukan kerajaan sedia ada, cuma
rakyat perlu buktikan kita lebih besar dari ahli politik opportunis
macam ini.
Undilah BN, kita saja yang mampu bantu rakyat, tanpa menipu rakyat.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment