Wednesday, May 18, 2016
Mahathir Punya Pasal 'Apa Kisah Surat Daripada Anwar...'
KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin menyifatkan surat
dari bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang panjang
lebar sebagai teguran kepada semua pimpinan PKR dan secara tak langsung
mengesahkan kesahihan surat tersebut.
Menurutnya, kandungan surat itu sebagai penyuluh kepada pemimpin parti dan penyokong Pakatan Harapan.
"Ini adalah satu surat teguran kepada semua lapisan pimpinan PKR dan
saya sambut secara positif apa yang ditegur Datuk Seri Anwar kerana
dalam keadaan politik yang penuh dengan cabaran, fikiran beliau, teguran
itu jadi penyuluh kepada semua pemimpin PKR dan penyokong Pakatan
Harapan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, surat lapan muka surat bertulis tangan dipercayai dari
Anwar itu, menyentuh soal gerakan selamatkan Malaysia dan Deklarasi
Rakyat.
Tze Tzin turut menafikan Deklarasi Rakyat itu akan memecahbelahkan
pakatan pembangkang susulan wujud perdebatan menyokong dan membantah
perkara tersebut.
"Selama ini kita ada usaha untuk betulkan politik Malaysia. Surat ini
menyeru semua balik ke pangkal perjuangan. Datuk Seri Anwar sangat
'clear thinking'. Beliau beri bimbingan yang baik untuk tunjuk jalan
lurus.
"Saya tidak fikir begitu (pecah-belahkan pembangkang). Ini (debat) pula
bagus untuk demokrasi. Saya fikir, negara dalam keadaan yang sebegini,
lagi banyak debat, lagi bagus sebab kita mahu rakyat terlibat dengan
perdebatan hala tuju negara.
"Saya gembira melihat banyak perdebatan," katanya.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan
mengulas lanjut dan hanya menyifatkan isu surat itu sebagai masalah
dalaman.
Dalam pada itu, Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata Anwar sering mengirim pesanan dari penjara.
"Penjara membenarkan peguam masuk sejam setiap minggu. Anwar boleh komunikasi dengan orang tertentu.
"Beliau sentiasa beri mesej-mesej tapi kali ini mesej yang agak panjang
diberi. Ia menyentuh banyak perkara. Salah satu perkara yang disentuh
berkenaan Deklarasi Rakyat," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment