Monday, May 16, 2016
‘Superman’ Celupar : DAP Lepas Peluang Buktikan Mereka Tidak Rasis
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Hj
Ahmad melihat inilah masanya untuk parti Dap membuktikan bahawa mereka
menolak budaya rasis dengan mengambil tindakan sewajarnya terhadap
aktivis roket Hew Kuan Yau berhubung keceluparannya semasa berucap pada
kempen Pilihan Raya negeri Sarawak baru-baru ini.
Menurut beliau kegagalan Dap untuk berbuat demikian menunjukkan
mereka bukanlah sebuah parti seperti mana yang diwar-warkan kepada
rakyat negara ini kerana apa yang diungkapkan oleh penceramah berkenaan
adalah sesuatu yang keterlaluan.
“Kenapa
pula berdolak dalih…bukankah langkah tegas termasuk mengambil tindakan
disiplin adalah langkah yang terbaik untuk Dap membuktikan segala
kata-kata yang diungkapkan dan dijaja sebelum ini bertepatan dengan apa
yang berlaku hari ini.
“Janganlah pula berselindung di sebalik dengan pelbagai drama serta
sandiwara yang memualkan semata-mata mahu menutup segala apa yang
berlaku itu daripada terus diperkatakan oleh masyarakat umum.
“Nampak jelas bagaimana jika mereka gagal berbuat demikian ianya
menyerlahkan kepada kita bahawa sememangnya parti berkenaan tidak
berupaya untuk mengekang budaya sedemikian rupa dan menular di dalam
parti berkenaan,” katanya.
Dilaporkan Kuan Yau, yang lebih dikenali dengan gelaran “Superman”
kerana sering dilihat mengayakan lambang adiwira itu, mengundang kecaman
orang-ramai selepas video ucapannya yang disifatkan sebagai rasis
tersebar di ruang maya.
Aktivis Dap itu dilihat berucap dalam bahasa Mandarin. Ia disiarkan melalui Skype untuk kemudahan pengundi Sarawak.
Sari kata yang dipaparkan bagaimanapun memetik beliau sebagai menyeru
pengundi supaya mengundi calon Dap Batu Kitang, iaitu Aziz supaya dia
boleh ‘screw’ (henjut) orang Melayu.
Nawawi seterusnya menegaskan apa yang dituturkan oleh aktivis
berkenaan boleh membakar sentimen perkauman dan Dap seharusnya mengambil
tindakan tegas yang sepatutnya.
Katanya mereka tidak boleh mengelak apatah lagi untuk bermain politik
murahan dalam isu tersebut dalam usaha membuktikan Dap menolak budaya
rasis.
“Jika gagalnya Dap mengambil sebarang tindakan disiplin, budaya
berkenaan bukan sahaja terus melekat malah akan terus berpanjangan dan
parti berkenaan terlepas peluang dan waktu yang terbaik.,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment