Friday, May 20, 2016
Azmin Gelabah Berdepan Isu 'Surat Anwar'... Engkau Ni Reti Bahasa Ke Tidak??... Ha ha ha
Ditelan mati mak, diluah mati bapak... itu nasib Timbalan Presiden PKR
Datuk Seri Azmin Ali berdepan dengan media ketika ditanya mengenai
'surat Anwar' yang tersebar baru-baru ini.
Ini kerana semua maklum dalam PKR pemimpin paling rapat dengan Tun
Mahathir Mohamad adalah dirinya, sehingga ramai yang ingat balik sejarah
beliau sebagai anak angkat Mahathir satu ketika dulu.
Sebab itu pada Rabu Azmin yang kali pertama berdepan media selepas isu
surat ini bocor mengelak untuk berdepan dengan sebarang soalan media
berkaitan surat kritikan Anwar terhadap pemimpin PKR yang 'memuja'
Mahathir.
Azmin sekadar mengulangi kata-kata presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail bahawa surat itu bukan untuk tatapan umum dan soal dalaman
parti.
"Saya bersetuju dengan Wan Azizah yakni ia adalah hal dalaman, kita
tidak perlu mengulas di luar," ujar Azmin kepada media di Sungai Besar,
hari ini.
Ditanya apakah beliau meletakkan kepercayaan kepada Mahathir, beliau itu
tidak melayan soalan tersebut dan hanya berkata : "Terima kasih."
Selasa, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim
dilaporkan berkata, surat Anwar itu dipercayai bersangkut-paut dengan
persengketaan dalam PKR sendiri.
"Saya tidak tahu apa yang telah berlaku. Mungkin ekoran perbalahan
antara puak Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) dengan Wan Azizah Wan
Ismail (Presiden PKR)," kata Zaid.
Wan Azizah sendiri atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan pula sekadar mengatakan surat itu bukan untuk tatapan umum.
“Ia hal dalaman, hal dalaman,” jelas Kak Wan ketika diminta menjelaskan kesahihan surat tersebut.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula menyifatkan nukilan Anwar itu
sebagai peringatan pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan
Deklarasi Rakyat adalah tepat pada masanya.
DAP pula menegaskan untuk terus bekerjasama dengan Mahathir kerana
menyifatkan keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara
biasa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment