Friday, May 20, 2016
Panel Transgender Di Pulau Pinang Jadi Realiti
Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang mengadakan mesyuarat pertamanya di
dewan undangan negeri hari ini selepas kira-kira tujuh tahun melobi
bagi jawatankuasa itu dibentuk.
Diketuai oleh ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu sebagai pengerusi
sementara jawatankuasa itu, mesyuarat itu membincangkan aktiviti yang
akan datang untuk komuniti transgender di negeri ini.
Antara aktiviti termasuk kebajikan yang lebih baik untuk masyarakat
terpinggir ini, terutamanya bagaimana individu terbabit dirawat di
hospital dan penjara, kata Teh.
Jawatankuasa itu juga akan berkempen untuk tandas berasingan bagi transgender, katanya.
"Saya melihat ini sebagai sebahagian daripada reformasi dewan undangan
negeri; kami telah menetapkan keutamaan dalam perjuangan ini," kata Teh
kepada Malaysiakini.
Teh berkata jawatankuasa itu - yang dianggap kontroversi - telah bermula selepas tujuh tahun melobi kerajaan Pulau Pinang.
"Tetapi ia berbaloi. Melihat jawatankuasa ini menjadi kenyataan adalah
matlamat saya, jadi saya akan berterusan di dalamnya," kata Teh.
Beliau berkata ADUN dari kedua-dua parti politik - BN dan Pakatan Harapan - menyokong penubuhan jawatankuasa itu.
Bagaimanapun, Teh akan menghadapi satu tugas yang bukan mudah apabila mencari pembiayaan untuk aktiviti jawatankuasa itu.
"Saya akan menulis untuk mendapatkan pembiayaan daripada anggota exco
kerajaan negeri, ketua menteri dan dua timbalan ketua menteri," kata
Teh.
Anggota jawatankuasa itu ialah Lim Siew Kim (DAP-Sungai Pinang), Cheah
Kah Peng (PKR-Kebun Bunga), Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai Loon
(PKR-Machang Bubok), Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar ), Shariful
Azhar Othman (BN-Bertam) dan Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN-Sungai Dua).
ADUN tunggal PAS di Pulau Pinang, Salleh Man, juga diambil sebagai ahli jawatankuasa.
Sementara itu, beberapa ahli-ahli komuniti transgender itu berada di
dewan undangan negeri hari ini. Individu-individu ini, di antara mereka
ialah ahli-ahli NGO Sisters, yang merupakan tetamu Teh.
Mereka mengedarkan panduan media, termasuk senarai undang-undang yang tidak menyebelahi transgender kepada pemberita.
Ketua Menteri Lim Guan Eng mengalu-alukan mereka hadir ke dewan undangan negeri.
"Ia terpulang kepada Teh atau mana-mana wakil rakyat untuk menjemput
mana-mana orang yang difikirkan sesuai untuk menghadiri persidangan
dewan undangan Negeri," kata Lim.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment