Monday, May 16, 2016
‘Dua Kapal’ Berperang Dalam PKR Bukan Cerita Baru – Shamsul Hidayat
KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat,
Shamsul Hidayat Mohd Shariff berkata, percanggahan pendapat antara
Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan juga Timbalan Presiden PKR,
Azmin Ali bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana hakikatnya
kedua-dua pemegang jawatan tertinggi di dalam parti tersebut tidak
pernah sehaluan selama ini.
Menurut beliau, isu presiden dan timbalan presiden yang tidak
sehaluan dan tidak pernah sependapat ini bukanlah satu rahsia di
kalangan ahli-ahli PKR sendiri.
“Isu
dua kapal dalam PKR ini bukanlah satu rahsia, terutama di kalangan ahli
dan penyokong PKR. Memang wujud team presiden dan team timbalan presiden
dalam PKR. Umum ahli PKR mengetahui bahawa presiden dan timbalan
presiden memang tak ngam. Perkara ini bukan baru tetapi konflik antara
dua pemimpin ini sudah agak lama. Sejak saya masih bersama PKR lagi
memang sudah menjadi perbincangan umum di kalangan ahli tentang perkara
ini.
“Sebab itu kalau kita ikuti kenyataan Wan Azizah dan Azmin, selalunya
kenyataan mereka akan bercanggah. Ini disebabkan tidak ada perbincangan
di antara mereka berdua. Rakan-rakan di dalam PKR bercerita pada saya,
Azmin hanya akan bersungguh buat kerja hanya kalau ada Anwar.
“Tindakan Azmin itu memperlihatkan seolah-olah beliau tidak
mengiktiraf Datin Seri Wan Azizah sebagai Presiden yang menjadi proksi
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ” ujarnya kepada media di sini
hari ini.
Tambah beliau lagi, isu wujudnya dua kem di dalam PKR ini juga
memperlihatkan kelemahan Datin Seri Wan Azizah sebagai presiden parti
yang gagal untuk mengemudi partinya dan juga timbalan presidennya
sendiri.
“Dalam isu ini juga kita lihat kegagalan Wan Azizah sebagai presiden
parti untuk menyelesaikan masalah dalaman partinya sendiri. Wujudnya team
presiden dan team timbalan presiden ini sudah cukup untuk membuktikan
bahawa PKR kini terbelah dua.
“Sudahlah pakatan harapan kini caca marba, bergaduh dan berbalah
sesama sendiri, ditambah pula dengan konflik dalaman seperti yang
berlaku di dalam PKR yang menambahkan lagi luka parah di dalanm pakatan
harapan.
“Berdasarkan senario seperti ini, sebagai rakyat macamana kita mahu
letak harapan kepada parti-parti pembangkang seperti PKR sebagai salah
sebuah parti untuk memimpin negara? Mereka ini tidak pernah bersepakat,
baik hubungan antara parti mahupun sesama parti sendiri. Jangan kita
perjudikan masa depan kita dengan memberikan kuasa memerintah bagi
mereka yang tidak mampu dan tidak layak untuk mentadbir negara,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment