Monday, May 16, 2016
1 Juta Tandatangan Sekadar Mahu Rosakkan Negara
EDITOR MENULIS...
16 MEI 2016
Tun Dr Mahathir Mohamad tahu untuk menjatuhkan
Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak, 1 juta tandatangan yang dikutip
tidak memberi apa-apa makna dari segi undang-undang dan tekanan politik.
Jika benar mahu menjatuhkan Perdana Menteri hari ini, beliau perlu
mendapatkan tandatangan sekitar 130 orang ahli Parlimen sahaja. Atau
jika benar mahu memberi tekanan kepada Mohd Najib, Mahathir hanya perlu
mendapatkan tandatangan 160 Ketua UMNO Bahagian sahaja.
Dua kumpulan ini merupakan penentu kedudukan Mohd Najib Tun Razak
dalam Kerajaan dan Parti. Mahathir telah gagal kedua-dua kaedah ini
kerana mereka terdiri dari kelompok celik politik dan membuat
pertimbangan berasaskan rasional.
Mahathir tahu kutipan 1 juta tandatangan tidak bernilai apa-apa untuk
menjatuhkan Najib Razak. Penyokong beliau mungkin keliru dan
beranggapan ia boleh mendesak Majlis Raja-Raja menurunkan Mohd najib Tun
Razak. Majlis Raja-Raja dan Yang Di Pertuan Agong tiada kuasa
menurunkan Perdana Menteri kecuali setelah mendapat mandat majoriti ahli
Parlimen.
Kasihan penyokong Mahathir yang bersorak sakan untuk dengan “kejayaan
tandatangan 1 juta”. Kita ragu-ragu ia tulen. Tapi jika benar mereka
ada pun ia tidak mengubah apa-apa. Jangan kata 1 juta, jika 20 juta
tandatangan pun ia tidak boleh menjatuhkan Najib mengikut Perlembagaan.
Apa yang sebenarnya mahu? Seperti kata penulis politik Ab Jalil
Backer dalam akaun facebooknya, “Tun Mahathir yang kaya raya hanya mahu
ekonomi negara merudum dan politik negara tidak stabil supaya Najib
Razak dan Barisan Nasional dapat dijatuhkan dalam Pilihan Raya Umum akan
datang.”
“Beliau dan kroni-kroninya tidak terjejas apa-apa jika ekonomi negara
musnah. Kita yang di bawah ini menanggung akibat hilang pendapatan,
pekerjaan dan perniagaan seperti mana yang berlaku pada 1997/98.”
Inilah yang Mahathir mahu lakukan. Beliau berdendam dengan Najib
Razak dan sudah tidak peduli apa yang terjadi kepada negara mahu pun
kerajaan. Beliau hanya mahukan Najib Razak jatuh demi ego sebagai
seorang yang MAHA dalam politik negara ini.
Mahathir fikir beliau nabi dalam politik negara. Itu boleh berlaku 20 tahun lalu. Bukan sekarang!
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment