Friday, May 20, 2016
Pembangkang Tidak Perlu Bekerjasama Dengan Dr M - Ramkarpal
KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya menjadi orang terakhir
untuk pembangkang menjalinkan kerjasama, demikian menurut wakil rakyat
DAP, Ramkarpal Singh.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Bukit Gelugor
itu berkata, kerjasama dengan Dr Mahathir boleh menghakis keyakinan
orang ramai terhadap pembangkang.
"Saya fikir beliau adalah orang yang terakhir jika kita ingin
bekerjasama. Untuk beliau untuk mengulas sama ada kita bersatu atau
tidak, saya tidak fikir beliau berada dalam apa-apa kedudukan untuk
menetapkan syarat kepada kami," katanya.
Beliau juga berkata Dr Mahathir mempunyai agenda sendiri berhubung Deklarasi Rakyat.
"Saya rasa ia adalah nasihat yang sangat tepat pada masanya dan
peringatan tegas daripada Anwar bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai
agenda sendiri.
"Agenda yang malangnya tidak mencerminkan agenda reformasi. Itulah yang
kita perlu tekankan. Seluruh agenda kami ialah untuk reformasi manakala
Tun Mahathir tidak melambangkan pembaharuan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment