Monday, May 16, 2016
Kami Ada Wang Tapi Tidak Mahu Bayar – 1MDB
1 Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini
menegaskan mereka ada dana yang mencukupi untuk membayar faedah sebanyak
US$ 52.4 juta yang perlu dibayar pada hari ini (11 Mei 2016) tetapi
enggan melakukannya selagi IPIC tidak menyelesaikan pertikaikan dengan
1MDB.
Bayaran faedah hari ini ialah untuk bon (XS0784926270) yang
dikeluarkan oleh 1MDB Energy Limited (Energy Note) dengan US$ 1.75
bilion dan kadar faedah tetap 5.99%. Bon ini akan matang pada 2022.
Energy Note ini dijamin oleh IPIC menyebabkan mereka terpaksa membayar
faedah tersebut setelah 1MDB memilih untuk tidak membayar.
Bulan lalu IPIC mengumumkan kepada Bursa London bahawa mereka
membayar US$ 50,312,500.00, kepada pemegang satu lagi Energy Note
(XS0829573913) yang juga bernilai US$ 1.75B, tetapi dijual pada kadar
faedah tetap 5.75% dan matang pada tahun 2022.
Kedua-dua pembayaran ini dilakukan oleh IPIC selaku penjamin bon
terbabit berikutan keenganan 1MDB dan anak syarikat janakuasa, 1MDB
Energy (Langat) menunaikan tanggungjawab pembayaran faedah ini.
1MDB enggan membayar faedah ini dan memaksa IPIC membayar kerana
tidak berpuas hati dengan pertikaian dengan IPIC membabitkan perjanjian
pada Pada 4 Jun 2015.
Dalam perjanjian tersebut, International Petroleum Investment Company
(“IPIC”) telah bersetuju bahawa ia akan memikul tanggungjawab Penerbit
untuk membayar faedah yang dikenakan di bawah Nota Langat sebagai
pertukaran dengan beberapa usaha tertentu untuk memindahkan aset dan
tunai kepada IPIC.
Bagaimanapun pertukaran pengurusan IPIC menyebabkan berlaku
beberapa pertikaian dan dakwaan bahawa 1MDB telah menunaikan
tanggungjawab mereka kepada syarikat yang salah, yakni bukan milik IPIC,
seperti sepatutnya.
IPIC mendakwa Aabar BVI bukanlah syarikat milik
mereka walaupun mempunyai nama yang hampir sama dengan salah sebuah anak
syarikat lain.
1MDB pula menegaskan semua pelunasan tanggungjawab mereka bagi
memenuhi perjanjian 1MDB-IPIC 2015 kepada Aabar BVI telah dipersetujui
oleh pengurusan tertinggi IPIC dan mempunyai bukti pemilikan syarikat
terbabit.
1MDB menyatakan bahawa mereka telah memindahkan kesemua aset bernilai
USD4.5b kepada Aabar BVI. Ini termasuk $1.4 billion bon dan pembayaran
tunai sebanyak US$855 juta, US$993 juta dan US$295 juta sebagai deposit
dan jaminan bon dengan persetujuan dan kebenaran pengurusan IPIC.
1MDB turut menegaskan bahawa mereka mempunyai perjanjian yang dibuat
dengan Pengarah Urusan IPIC dan Pengerusi Aabar, Khadem Al Qubaisi dan
Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Badawy Al Husseiny.
Menurut seorang peguam, sungguhpun Khadem dan Badawy sekarang ini
berhadapan dengan siasatan oleh pihak berkuasa UAE kerana salah tadbir
syarikat, ia tidak seharusnya mengecualikan IPIC dari sebarang
tanggungjawab atas keputusan yang telah dibuat oleh kedua-dua mereka
semasa memegang jawatan dalam IPIC.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment