Friday, May 20, 2016
Inilah Mainan Ideal Mahathir..... BOM JANGKA : Kenyataan Tun M Perlekeh Pakatan
Pening penulis dibuatnya. Kalau diterjemahkan segala tindakan Mahathir
ketika ini seolah-olah tiada siapa pun yang betul. Sudahlah BN dikatanya
tidak betul, tapi sekarang Pakatan pembangkang pun dah tak layak dan
tiada keupayaan. Hmmm.... jadi siapa yang betul, layak dan berkemampuan?
Bekas Perdana Menteri itu berkata pembangkang tidak mampu menang di
mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar
dan Kuala Kangsar bulan depan.
Perkara itu dinyatakan beliau selepas mengambil kira kegagalan
pembangkang bersatu dalam pakatan dan buktinya ketara ketika Pilihan
Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, yang mana PKR hanya memperoleh
tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala DAP pula tujuh kerusi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perpecahan pembangkang itu akhirnya
memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memenangi
pilihan raya.
“Pembangkang tidak boleh memang jika mereka berpecah-belah, tindakan
mereka berpecah semasa sendiri menyebabkan mereka kalah di Sarawak.
“Jadi, pembangkang akan selamanya kalah, BN pula akan menang,” katanya
kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Dewan Centennial Sultan Abdul
Halim di Kolej Sultan Abdul Hamid, dekat sini, pagi tadi.
Majlis itu disempurnakan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku
Sallehuddin Sultan Badlishah, yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan
Kedah.
Yang turut berangkat ialah Tunku Puan Temenggong Kedah, Puan Sri Tengku
Maliha Tengku Ariff; Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid
Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku
Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment