Friday, May 20, 2016
Baru PRK Dah Celaru, Kalau PRU? Haru Biru!!
EDITOR MENULIS...
20 MEI 2016
Parah !! Itu saja yang saya boleh
katakan tentang pertelagahan pembangkang dalam soal siapa patut
bertanding di pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar.
Baru 2 kerusi, 2 parti (PAS dan
Pakatan), pun tak boleh nak selesai, belum bincang PRU lagi!! Tak
hairanlah di Sarawak puak-puak ini kalah besar, berbalah tak habis
habis. BN ada 13 parti, tak pernah kelam kabut macam ini.
Sepatutnya tak jadi masalah sebab PAS
tak terikat dengan Pakatan, suka hati dialah nak buat apa tapi sebab
formula entah apa haram jadah diguna pakai di Selangor ni untuk
mengekalkan kuasa, yang takde masalah pun jadi masalah juga.
Jika berlaku di Pulau Pinang atau
Kelantan ni, confirm takde masalah sebab di situ masing-masing PAS dan
DAP cukup bentuk kerajaan sendiri tanpa bantuan dari parti lain. Nampak
sangat formula guna satu nama tapi bertanding masing-masing ni, hanya
bencana yang menunggu nak jadi.
Masa selesa tak nampaklah, bila dah
berlaku perpecahan dan ada pulak pilihanraya kecil macam ini, barulah
terdedah apa yang selama ini cuba disembunyikan. Guna lagi formula
entah apa-apa Anwar tu.
Kita yang sokong BN ni lama nampak dah,
berbuih pun cakap, tergeliat jari menaip tapi kalau dah jenis menyokong
guna emosi, buang masa saja bercakap. Nah sekarang, baru padan muka.
Rakyat yang lain ini kena lihat dan
jadikan sempadan kenapa pembangkang ini tak boleh kita sokong. Tak
stabil, tak macam BN langsung sekalipun persepsi diberi seolah-olah yang
bertanding tu satu gabungan walhal pakai lambang masing-masing. Mereka
sebenarnya cuba meniru BN tapi buatlah macam mana pun, takkan menjadi
punya.
Yang penting fikirkanlah, adakah semua
pertelagahan, perebutan yang berlaku ini kerana rakyat dan demi rakyat?
Tak nampak macam itu, ini lebih kepada diri mereka masing-masing punya
kepentingan, nak jadi somebody ada title depan nama, kuasa, duit dan
sebagainya. Rakyat hanya bahan untuk dapat undi.
Itu yang tiba-tiba Sg Besar dapat bas percuma tu.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment