Monday, May 16, 2016

Pertelingkahan Pembangkang Di PRN Sarawak Dibawa Ke PRK

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrmircIXigr1YbGFCl3rGkQziZ37JOKHTHAXLOTiQXbSCfmg1EDwVQ5eFzuoz2d5IXTwcgOcZMky9arauFL9JgU4kymuBlgGewZSXwn6M8OTqwfa4Z7DpuF6jCpY5pzlIQDdXBRji2QVuv/s1600/pan-perosak-pembangkang.jpg
Perpecahan yang berlaku didalam Pakatan Harapan telah menjadikan mereka sedikit goyah. PAS telah bebas daripada Pakatan dan telah digantikan dengan parti serpihannya, iaitu AMANAH yang akan bertanding bagi semua kerusi yang ditandingi PAS.

Selepas kalah teruk di PRN Sarawak, Azmin mula tunjuk suci untuk kembalikan PAS ke dalam Pakatan bagi meraih undi di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Tujuannya adalah untuk memperbaiki kelemahan dan bersama kembali menentang Barisan Nasional (BN).

Pinangan Azmin terhadap PAS tidak mendapat sokongan daripada DAP, pertelingkahan antara mereka wujud sejak PRN Sarawak lagi kerana ada pertindihan kerusi antara Pakatan. Guan Eng yang bersifat angkuh, menolak segala usul yang dilakukan Azmin.

Puak Pakatan gila kuasa, masing-masing mahu menangkan diri sendiri. Sibuk nak jadi pemimpin rakyat tapi untuk memimpin parti sendiri pun masih belum mampu. Permasalahan ini hanya diantara Naib Presiden PKR dan Presiden DAP.

Manakala AMANAH tidak mampu untuk memberi pendapat dalam Pakatan kerana mereka hanya keldai tunggagan DAP sahaja. Permasalahan ini berterusan dan berlarutan hingga menyebabkan kredibiliti Pakatan Harapan semakin rapuh.

Hakikatnya BADI semasa PRN Sarawak akan terus memanjang sehingga ke dua-dua PRK tersebut, dan kemungkinan PRK kali ini turut menyebelahi Barisan Nasional (BN) untuk memperolehi kemenangan majoriti.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment