Monday, May 16, 2016
Mahathir Semakin Meroyan Akalnya.... Sokong Walau Siapa Calon Janji BN Kalah
SHAH ALAM : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa
pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memenangkan calon
yang melawan BN dalam pilihan raya kecil bulan depan.
Meskipun calon itu daripada Pas yang tidak bersamanya dalam Deklarasi Rakyat.
“Kita akan ada dua pilihan raya kecil tidak lama lagi. Kita akan
mengundi dalam bulan puasa. Saya harap kita semua akan mengalahkan BN
dalam PRK ini.
“Jangan ambil kira siapa yang melawan BN. Jangan kira siapa calon ini
walaupun calon itu dari Pas... meski Pas bukan bersama kita (dalam
Deklarasi Rakyat) tetapi yang utama ialah mengalahkan BN,” katanya
ketika Majlis Bersama Pemimpin Deklarasi Rakyat, Selamatkan Malaysia di
Stadium Malawati, malam tadi.
Menurutnya, pembangkang perlu memastikan pertembungan satu lawan satu dalam PRK itu nanti.
“Kita cuma nak satu parti, satu calon sahaja yang berlawan dengan BN
kerana kita tahu kalau letak dua atau tiga calon seperti yang berlaku di
Sarawak, undi pecah dan BN menang.
“Kita tahu kalau kita ada satu lawan satu, kita boleh tentukan kekalahan
BN dengan mengundi seberapa banyak mungkin kepada calon yg melawan BN.
Sebab itu kita kena bekerja keras untuk mengalahkan BN untuk tunjuk
kepada Najib (Datuk Seri Najib Razak), rakyat tak lagi sokongnya,”
katanya.
Beliau turut menyifatkan kemenangan besar BN di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu bukan kerana Perdana Menteri itu.
“Ini juga untuk membuktikan kemenangan di Sarawak itu bukan kemenangan Najib.
“Sebaliknya kemenangan itu kerana (rakyat) memikirkan kepentingan Sarawak semata-mata bukan sokongan kepada Najib,” katanya.
BN menang 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN Sarawak yang lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment