Friday, May 20, 2016
'Memang La, Anwar Pun Dendam Kat Saya...' Mahathir Buat Pura Puralah Tu
ALOR SETAR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui
tidak mustahil masih wujud perasaan dendam antara dirinya dengan bekas
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mereka bersama
menerajui negara.
Bagaimana pun, katanya, tuduhan Anwar mendakwa beliau menggunakan pentas
Deklarasi Rakyat sebagai membalas dendam adalah tidak tepat.
“Memang la, dia (Anwar) pun dendam pada saya. Sama-sama berdendam,”
katanya, ketika ditemui, selepas hadir pada majlis perasmian Dewan
Centennial Sultan Abdul Halim, di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH)
disempurnakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga Tunku
Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan
Badlishah.
Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Bagaimana pun, Mahathir enggan mengulas lanjut berhubung surat berjudul
‘Warkah dari penjara’ oleh Anwar yang ditujukan kepada pemimpin PKR
menyentuh penglibatan pemimpin PKR dalam Deklarasi Rakyat, diketuai
Mahathir.
Dalam pada itu, Mahathir menafikan dakwaan perpecahan kalangan
parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan berpunca daripada
Deklarasi Rakyat, sebaliknya menyifatkan parti pembangkang sememangnya
tidak pernah bersatu.
Menurutnya, sejak dahulu lagi parti pembangkang tidak bersatu menyebabkan BN beroleh manfaat daripada situasi itu.
“Saya tidak dapat hentikan jika mereka berhasrat mahu berpecah atau
berkelahi sesama mereka. Mereka hendak berpecah, berpecahlah,” katanya,
Mahathir berkata, PRN Sarawak adalah contoh terbaik yang membuktikan
parti pembangkang gagal bersatu sekaligus menyebabkan mereka tewas dan
memberi kemenangan kepada BN.
“Berpecah atau tidak bukan mengharap kepada saya. Kalau semua parti
pembangkang ikut saya pasti mereka bersatu, ini tidak masing-masing
berbeza haluan,” katanya.
Menurutnya, kemenangan BN adalah berpunca daripada kekalahan pembangkang yang tidak pernah bersatu termasuk dalam pilihan raya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S
Arutchelvan mendakwa, Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa sebaliknya
membawa perpecahan kepada Pakatan Harapan, sehingga parti-parti
pembangkang berpecah belah.
Beliau turut menyifatkan kehadiran Mahathir membawa malapetaka kerana menyebabkan PKR dan DAP berpecah kepada dua kelompok.
Mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mendakwa
Mahathir berhasrat bertanding pada PRK sama ada di Sungai Besar atau
Kuala Kangsar, susulan mahu pembangkang menewaskan BN, Mahathir
bertegas, perkara itu tidak akan berlaku.
“Saya tidak akan jadi calon mana-mana parti politik. Saya bertanding dah, banyak kali, tak payah lah,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment