Friday, May 20, 2016
Najib Ubah UMNO Jadi 'Najis', Kata Mahathir... Inikah Cara Dan Perangai Mahathir?
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulang paku buah keras terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Mahathir menuduh Najib menjadikan Umno sebagai hak milik peribadinya.
Dalam dua majlis berasingan, bekas perdana menteri itu merujuk kepada bagaimana Umno telah menjadi 'najis'.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan Najib sebelum ini yang
menuduhnya menikam parti yang telah banyak memberi manfaat besar kepada
ahli keluarganya.
Ini ekoran gesaan Mahathir supaya pembangkang bersatu untuk mengalahkan BN pada dua pilihan raya kecil akan datang.
"Beliau dan keluarganya dapat banyak manfaat daripada kedudukan sebagai PM dan ini kerana kekuatan UMNO dan BN.
"Jadi bila dia suruh orang menolak parti yang banyak berjasa, maka
terdapat reaksi yang negatif terhadap pendirian beliau yang tidak
mengambil peduli langsung apa yang diterima sebagai manfaat kerana tanpa
BN dan UMNO beliau tidak akan jadi perdana menteri, takkan jadi
menteri," kata Najib.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan Najib itu, tambah Mahathir, Najib juga
mengaut banyak manfaat sepertinya tetapi dalam keadaan yang berbeza.
"Beliau juga meraih banyak manfaat dari Umno,” ujar Mahathir. “Tetapi
saya tidak menjadikannya (Umno) sebagai hartanah peribadi.”
"Kini beliau menukar Umno kepada ‘najis', saya maksudkan Najib," beliau memberitahu media di Subang Jaya.
Beliau turut mengutarakan kenyataan yang kasar dan kesat semasa sesi soal jawab sebelumnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment