Friday, May 20, 2016
Guan Eng Minta Hadi Jelaskan Laporan Kata-Kata Kesat Daripada PAS
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menggesa Presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang supaya membuat pengesahan mengenai laporan
kata-kata kesat yang dikeluarkan PAS terhadap DAP.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Abdul Hadi perlu
membuat pengesahan untuk membersihkan namanya jika perkara itu tidak
benar seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
"Sekiranya perkara itu benar, ia dilihat tidak adil bukan sahaja terhadap DAP malah kepada orang bukan Islam.
"Saya amat terkejut dengan tindakan Abdul Hadi yang dikatakan
mengeluarkan kata-kata kesat ke atas DAP secara khususnya kepada orang
bukan Islam," katanya kepada pemberita di Georgetown,Khamis.
Lim turut mengesyorkan Abdul Hadi mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan bagi membersihkan namanya.
Dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, Abdul Hadi
dilapor mengarahkan ketiga-tiga exco di Selangor supaya tidak meletak
jawatan dan bersedia untuk dipecat daripada kerajaan Selangor.
Dalam mesyuarat yang diadakan di kediaman Abdul Hadi di Rusila,
Terengganu itu, Abdul Hadi dilapor berkata PAS 'lebih rela menjadi
tunggangan lembu UMNO daripada tunggangan babi DAP' (the party would
rather herd the cows of UMNO than herd the pigs of DAP).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment