Monday, May 16, 2016

Siapa Yang Pernah Dilabel 'Maha-Zalim', 'Maha-Firaun' Oleh Rakyat?

EDITOR MENULIS...
16 MEI 2016
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAHxvsk5mMTJTeAg61wpfrE90RGu83tQuOZaxnUcdKY3ikNSZZ97j9iYYnKdclkRM_IIVXv5hfcWkp811KgYMLBjE7V7SiZmh3OyM5AS3LunIol23IhsSNOE045gWC4D4A5CqZc_Fsmqs/s1600/mfiraun1.jpg
Siapa yang hidup dan mengikuti perkembangan semasa politik tanahair di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, pastinya kenal dengan corak dan amalan politik beliau ketika itu.

Di zaman tersebut, saya tidak hairan jika melihat ramai di kalangan golongan akademik di universiti tempatan sering mengkritik gerakan-gerakan politik beliau dengan sindiran-sindiran tajam. Namun kritikan-kritikan itu dikatakan hanya berlaku 'di pintu belakang', mungkin kerana khuatir akan diambil tindakan tertentu terhadap mereka.


Sindiran seperti Mahathir adalah seorang ahli politik yang 'licik' sering kedengaran dulu. Ramai di kalangan rakan saya yang mentafsirkan 'licik' itu sebagai 'perkataan sopan' untuk merujuk kepada amalannya yang 'bijak' mengenakan musuh-musuh politiknya, sama ada di dalam atau di luar parti.


Di zaman Mahathir, bukan saja pemimpin politik pembangkang seperti Lim Kit Siang, Mat Sabu atau Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah disumbat ke penjara, malah ramai juga pemimpin BN sendiri yang berjaya beliau jatuhkan secara 'halus' dan 'dibenam' hingga tidak timbul-timbul lagi.

 http://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/03421/Mahathir_Mohamad_3421031b.jpg
Mahathir mengkritik Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai 'zalim' kerana memecat Peguam Negara? Namun Mahathir lupa bahawa beliau lebih teruk lagi 'zalim'nya apabila memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas, ketika menjadi Perdana Menteri.


Ketika cuba meminda Perlembagaan Persekutuan membabitkan kuasa Raja-Raja Melayu dulu, beliau keliling negara membuat penerangan tentang justifikasi tindakan tersebut. Namun khabarnya, Raja-Raja Melayu turut 'ditekan' menerusi siaran akhbar berkenaan beberapa insiden membabitkan kerabat-kerabat DiRaja.

Di dalam UMNO sendiri, selepas berjaya kekalkan diri di kerusi Presiden dengan bantuan Najib untuk menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dulu, dia berkempen pula menuntut seluruh ahli dan pemimpin UMNO supaya 'setia kepada pemimpin'.


Jika dikaji kempen 'setia' kepada beliau dulu, kesetiaan kepada parti ketika itu adalah merujuk kepada perlakuan setia kepada Presiden UMNO yang merujuk kepada dirinya. Tidak setia pada Presiden UMNO ketika itu dianggap sebagai tidak setia pada parti.


Menurut ramai pemimpin UMNO veteran yang penulis temui, boleh dikatakan hampir semua mengesahkan gerakan politik Mahathir itu. Malah kata mereka, sesiapa saja yang ingkar pada konsep 'setia' ketika itu, maka 'nahas'lah individu tersebut!


Padanlah ramai yang 'terpaksa setia' pada Mahathir ketika itu dan ada juga di kalangan mereka yang bertambah taksub pada beliau. Hatta dikatakan jika baru ucap salam saja ketika berucap di PWTC, sudah ada yang bertepuk tangan. Itu belum dikira dengan mereka-mereka yang suka 'cium tangan' lagi...


Dan kini di era Najib yang menjadi anak didiknya sejak sekian lama, Mahathir mengkritik keras dan menyerang Presiden UMNO itu walaupun beliau menggunakan kaedah dan corak politik yang hampir sama dengan beliau?


Mahathir naikkan harga barang dulu dan rakyat turut tertekan. Tapi Mahathir ajar rakyat ketika itu untuk terima keputusannya dengan 'nasihat' seperti 'rakyat perlu belajar hidup susah terlebih dahulu untuk senang dikemudian hari'. Ketika itu, pepatah 'bersusah dulu, bersenang kemudian' dan 'berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit' cukup popular di kaca televisyen!


Tapi di zaman Najib, Mahathir sengaja menerapkan sentimen memburuk-burukkan imej Presiden UMNO itu sebagai 'kejam' dan 'zalim' terhadap rakyat? Namun yang jelas, Najib tidak pernah dilabel 'Maha-Zalim' atau 'Maha-Firaun' seperti Mahathir dulu!


Mungkin kerana itu, ramai pemerhati, penganalisis dan pengkaji politik tanahair yang memandang sinis pada gerakan politik Mahathir di era 'pencen' ini dalam usaha menjatuhkan Najib. Ramai yang tahu apa muslihat dan agenda sebenar Mahathir...


Cuma mungkin mereka malas hendak lantang mendedahkan analisis mereka memandangkan anak Mahathir, Dato' Seri Mukhriz telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Dato' Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, yang menzahirkan pandangan beliau tentang gerakan Mahathir di usia tuanya itu.


Mahathir atau Mukhriz mungkin boleh saman, menang atau tidak, itu belum tentu lagi. Tapi yang pasti, sudah ramai rakyat, pemimpin politik serta penganalisis politik dapat hidu 'bau bangkai gajah yang cuba ditutup dengan sehelai sapu tangan' itu...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment