Monday, May 16, 2016

Mahathir Mahu BN Hancur... - Salleh Keruak

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat secara jelas mahu menghancurkan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan politiknya sendiri dengan meminta rakyat supaya tidak mengundi parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor bulan depan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, Dr. Mahathir juga dilihat sudah jauh menyimpang daripada perjuangan untuk bangsa, agama dan negara.

“Ahli-ahli UMNO boleh menilai sendiri siapa Dr. Mahathir yang mengeluarkan kenyataan sedemikian. Demi kepentingan politik peribadi, beliau sanggup menghancurkan parti,” katanya dipetik Utusan.























Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia mengulas kenyataan Dr. Mahathir sewaktu menghadiri himpunan anjuran pakatan pembangkang di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi yang meletakkan harapan besar supaya pembangkang menewaskan BN pada dua pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan 18 Jun depan.

Bekas presiden UMNO itu mahu kedua-dua kerusi tersebut hanya ditandingi satu lawan satu sahaja.

Dr. Mahathir berkata, langkah itu bagi mengelakkan perpecahan undi dalam kalangan pembangkang seperti berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 baru-baru ini.  

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment