Monday, May 16, 2016

'Pakar Ekonomi Mantan' : 'Purata Pendapatan Isi Rumah' Pun Tak Tahu!

EDITOR MENULIS...
16 MEI 2016
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/01/mukhriiz_kedah_rakyat_600.jpg
Kadang kala, bila berdepan dengan budak-budak 'pemakan dedak' yang tidak belajar tinggi dalam bidang ekonomi mampu membuat kita ketawa 'guling-guling'. Saya tidak kisah jika mereka tidak faham tentang fiskal, keluk dan sebagainya.

Tapi kalau perkataan seperti purata dan isi rumah pun mereka tidak faham, maka memang 'parah' betul kejahilan mereka. Hendak dilabel 'bodoh', nanti kedengaran kasar sangat. Cukuplah kita gunakan perkataan 'jahil bertingkat-tingkat'...

Tempohari, Perdana Menteri menyiarkan pendapatan kasar bulanan bumiputera di negara ini yang meningkat sejak 1970'an. Perbezaan tersebut dijelaskan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bumiputera.

Pada 1970, jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bumiputera adalah serendah RM172 sebulan, manakala pada 2014 ia telah meningkat dengan ketara sehingga berjumlah RM5,548 sebulan.

Saya tidak pasti sama ada 'pemakan-pemakan dedak' bekas Menteri Besar Kedah itu faham atau tidak tentang perkara itu. Namun jika diteliti, memang mereka langsung tidak faham dan menzahirkan 'kekejahilan bertingkat-tingkat' yang ketara.

Bila disebut purata, maka ia dihitung dari pelbagai sudut membabitkan jumlah bilangan keluarga yang mewakili isi rumah. Ia kemudian dihitung secara membabitkan pengiraan pendapatan keseluruhan, KDNK dan beberapa perkara lagi.

Setelah dicampur kira, ditolak, dibahagi dan didarab, maka dapatlah angka-angkar berkenaan secara kasar pada pengiraan yang dibuat pada hari terakhir tahun 2014, 31 Disember. Ia adalah mencakupi pendapatan kasar bulanan bagi isi-isi rumah masyarakat bumiputera di seluruh negara.

Apa yang dimaksudkan isi rumah adalah merangkumi pendapatan bapa, ibu, anak bekerja yang belum berkahwin dan penjanaan pendapatan keseluruhan mereka. Jika tidak faham, belajar. Jangan tunjuk kejahilan bertingkat-tingkat begitu, nanti ditertawakan orang!

Saya malas untuk beri 'tiusyen percuma' pada 'pemakan-pemakan dedak' yang tunjuk pandai tapi 'jahil bertingkat-tingkat' itu. Mereka boleh tanya pakar-pakar ekonomi atau mereka boleh tanya pada mereka yang belajar ekonomi dan lulus cemerlang.

Cuma yang melucukan saya, mereka menulis di media sosial tentang isu tersebut. Padanlah sekolah setakat SPM sahaja. Jika mohon masuk universiti pun, rasanya awal-awal lagi sudah ditolak mentah-mentah. Jahilnya mereka bukan setakat sedikit, tapi melampau-lampau...

Padanlah mereka begitu mudah dipengaruhi dan ditipu 'bos-bos' mereka. Agaknya sampai matilah mereka akan kekal 'jahil' begitu. Hendak diajar, mereka buat perangai 'jahil sombong' pula. Yang tidak tahannya, berlagak 'bijak ekonomi', siap beri analogi lagi...!!

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment