Friday, May 20, 2016
Rasakanlah.... Blogger Mengaku Tidak Bersalah Palsukan Gambar PM
Abdul Muhaimin Mohd Muhayedi, 27, didakwa menggunakan perkhidmatan
aplikasi melalui laman profil Facebook “Adam Mukhriz Muhayeddin” secara
sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu dengan niat
untuk menyakitkan hati orang lain, pada pukul 1 tengah hari, 20 Okt
2015.
Pautan itu kemudian dibaca oleh seorang blogger lain di Blok A, Tingkat
5, No 8, Pangsapuri Ampang Mewah, Jalan Mewah 6, Ampang Jaya, di Kuala
Lumpur pada pukul 9.45 pagi, 22 Okt 2015.
Abdul Muhaimin didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum
RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika
sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar membantah jaminan itu
kerana anak guamnya tidak mempunyai sebarang kebarangkalian untuk
melarikan diri dan juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan akan hadir
ke mahkamah pada mana-mana tarikh yang ditetapkan.
“Kes ini tidak memerlukan sebarang jaminan dari segi wang ringgit,
sepanjang tempoh laporan polis dibuat sehingga kini, tertuduh telah beri
kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat, polis serta pihak pendakwa
raya,” katanya.
Hakim Rushan Lutfi Mohamed membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000
dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun untuk sebutan semula kes.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment