Monday, May 16, 2016
Pemimpin DAP Akui Fitnah Isteri PM… Fitnah Dan Pembangkang Seakan Sudah Sebati
KUALA LUMPUR : Kerja menabur fitnah seakan sudah menjadi
makanan dan sebati dengan pihak pembangkang malah terbaru Ahli Parlimen
Dap Taiping, Nga Kor Ming membuat pengakuan menyatakan rasa kesalnya
kerana mendakwa bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah telah
mempengerusikan mesyuarat kabinet, dan menarik balik kenyataan itu.
Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan perbuatan ini
bukan sekali berlaku malah berkali-kali dan ketika beliau menjadi
Timbalan Menteri yang menjaga Felda sebelum ini, beliau sendiri telah
beberapa kali berhadapan dengan saman yang melibatkan fitnah pembangkang
ini.
“Antaranya ialah apabila PKR mengatakan bahawa Felda bangkrap dalam
akhbar Suara Keadilan dan kita telah membawa kes tersebut ke dalam
mahkamah dan akhirnya, PKR terpaksa membayar ganti rugi dalam jumlah
tertentu dan permohonan maaf di atas tuduhan yang tidak beraras
tersebut.
“Harakah juga pernah disaman apabila mereka menuduh Felda menghantar
minyak ke Israel sedangkan kita menghantar minyak ke Palestin, bukannya
ke Israel sebagaimana dakwaannya.
Harakah juga diminta membayar ganti
rugi kepada Felda dan memohon maaf,” ujarnya kepada media mengulas
saman fitnah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya
Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming
yang berjaya diselesaikan di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Saman fitnah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan
isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke atas Ahli Parlimen Taiping Nga Kor
Ming berjaya diselesaikan di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Di bawah syarat penyelesaian itu, Nga perlu membuat kenyataan di
laman Facebook menzahirkan perasaan kesalnya yang mendalam kerana
mendakwa bahawa Rosmah pada Mac tahun lalu telah mempengerusikan
mesyuarat kabinet.
Pemimpin Dap itu juga dikehendaki menarik balik kenyataan itu.
Tambah Ahmad Maslan lagi, fitnah-fitnah sebegini pastinya akan
kembali hangat menjelangnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar
dan Parlimen Sungai Besar tidak lama lagi namun beliau berharap, agar
kempen menggunakan fitnah jahat sebegini dihentikan.
“Hentikanlah fitnah-fitnah yang tidak bertanggungjawab ini, seperti
kes cincin Datin Sri Rosmah dahulu. Akhirnya YB Pandan mengakui bahawa
beliau bergurau tentang perkara tersebut sedangkan akibat dari
tuduhan-tuduhan tersebut telah memburukkan keadaan dan imej kepada
mereka yang difitnahnya.
“Kita berharap pihak pembangkang dan pihak kita sendiri menjauhkan
kempen yang boleh menimbulkan fitnah kepada sesiapun. Kita inginkan
menjadikan media sosial ini sebagai media yang beretika”, ujarnya yang
juga Pengerusi Biro IT & Media Sosial UMNO.
Tegas beliau lagi permohonan maaf selepas melakukan fitnah seperti
tiada makna kerana kesan yang sangat teruk ditanggung oleh mereka dan
sangat tidak adil kepada mangsa yang telah menjadi mangsa fitnah
tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment